Jumaat, 12 Ogos 2011

raya di mana?



rentetan dari kedegilan aku melanggar pantang pergi membeli belah akhirnya mendapat bantahan dari kawan2,huhuhu....

kenapalah aku ni degil sangtkan??

dari dulu sampailah sudah menjadi ibu itulah salah satu perangai yg tidak boleh diubah....
makanya aku beralah sahajalah....nasihat mereka ada juga benarnya.....
habiskan saki baki pantang kemudian barulah berpeleseran sepuas2nya...
terima kasih kawan atas nasihat korang!!!!
muahssssss

berbalik tajuk di atas, raya pada kali ini agak berlainan dari org lain...
memandangkan raya kedua baru pantangku berakhirnya maka rancangan asal terpaksa dirombak...
mengikut plan awal,raya pertama kami akan terus meluru ke teluk intan,perak(kampung wan)
sepanjang berkahwin aku tidak berkesempatan berkunjung ke sana atas sebab2 tertentu(ramai yang sedia maklum keadaan aku ketika itu)
jadi raya kalilah masa yang sesuai untuk berkunjung ke rumah sanak saudara wan seterusnya memperkenalkan orang baru dalam keluarga kami.

rancangan yang diubah itu tetap sama cuma kami akan pulang pada raya ketiga...
pada raya pertama dan kedua aku kan masih berpantang lagikan?
makanya aku berayalah di rumah emak aku.....mungkin akan keluar sebentar untuk ke kubur arwah emak mertua pada raya pertmanya....
raya kedua juga masih di rumah emakku....
dan raya ketiga balik terus menuju ke destinasi seperti yg dirancang.........
mungkin akan berada di sana dalam tempoh 2 atau 3 hari begitulah
rancangan seterusnya masih belum ada dalam list lagi
tunggu sahajalah..
aku sangt2 teruja meraikan hari raya bertiga.......

raya korang di mana pula??

Tiada ulasan: