Rabu, 10 Ogos 2011

pantang macam nie ke?


hai...
siang tadi aku telah melanggar pantang bagi orang bersalin
sebabnya aku dengan beraninya telah pergi membeli belah ke sogo,hahhaha
baru 3 minggu berpantang aku sudah mulai rasa kebosanan duduk di rumah....berlagak seolah2 diri itu sudah sihat sepenuhnya(memang sudah sihat sebenarnya)...nasib baik wan telah mengizinkan aku pergi ke sana dengan syarat balik sebelum pukul 5....terima kasih kepada emak kerana sudi menjaga rifqi sepanjang pemergianku ke sogo...sangat2 gembira apabila dapat membeli belah...itulah terapi yang terbaik untuk aku..

sampai sahja di sogo,aku terus ke meluru ke tingkat 4 untuk mencari barangan untuk rifqi...hasil selama 2 jam di situ,dapatlah juga aku sambar beberapa helai baju dan seluar rifqi...di samping itu juga aku membeli beberapa keperluan barangan baby untuk rifqi...alhamdulillah,ada juga baju rifqi sempena raya ini...untuk raya kali ini baju rifqi tidak aku beli kerana tiada saiz untuknya....nanti apabila rifqi sudah cukup setahun barulah aku belilah...

barangan untuk aku adalah sepasang baju kurung yang dibeli di BUTIK MARI-MARI....hajat di hati mahu terus membeli belah tetapi terbantut sebab hujan turun dengan lebatnya...jadi kesudahannya terus pulang ke rumah...aku selamat sampai di rumah dalam jam 4 petang....
minggu depan giliran aku dan wan akan keluar membeli belah bersama2....rifqi pula seperti biasa emaklah yang akan jaga,hehehehhe

ini adalah gambar terkini aku selepas bersalin....nasib baik baju ini dapat dipakai kembali tetapi masih berusaha untuk meng-slimkan badan terutamanya di bahagian perut dan
pinggul......motivasi untuk diri sendiri,saya boleh!!!!!!!


Tiada ulasan: