Selasa, 9 Ogos 2011

terimalah pasangan seadanya....

kalau anda gembira tepuk tangan......
(ulanginya sehingga anda bosan,hehehhe)

ops bernyanyi pula aku ini kan....almaklumlah hati sedang berbunga kegirangan di samping orang2 yang tersayang...
entry ini dicoret atas permintaaan teman baikku sendiri, wanie yang ingin mengetahui bagaimana aku menempuh hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pemain bola sepak negeri yang jadual nya agak padat di tambah lagi dengan komitmen beliau pada siang harinya di pejabat.....
sebenarnya wan merupakan pemain yang mewakili kelab SELANGOR PKNS dan ini adalah tahun kedua beliau bermain untuk kelab tersebut
sepinggalan wan selalunya wanie lah yang akan menemani aku dalam tempoh 2 atau 3 hari di rumah...

kenapalah wanie kamu tidak mahu bertanya sendiri kepada temanmmu in secara bersemuka?
mungkinkah kamu malu atau gentar untuk bertanya kepadaku?

tidak mengapalah,untuk kamu aku jawab yang sejujur2nya...lahir dari hatiku yang tulus ihklas ini.....chewah.......


pada peringkat awal perkenalan memang wan awal2 lagi sudah memberitahu tentang hal ini kepadaku...
aku pada dasarnya tidak pernah ambil pusing tentang senario bola sepak malaysia...
jauh sekali menonton perlwanan bola sepak yang membabitkan pasukan negeri dalam liga malaysia ini....
aku hanya saksikan apabila membabitkan perlawanan akhir sahaja...itupun hanya menyaksikan di kaca televisyen...
apabila berkawan dengan wan serba sedikit aku belajar tentang dunia bola sepak...
dari situlah aku didedahkan apa itu liga super dan liga perdana?
bagaimana perkiraan mata membabitkan pasukan?apa itu sepakan percuma?sepakan penalti?sepakan gol dan pelbagai2 lagilah....
selalunya jadual perlwanan adalah sebanyk 2 kali dalam seminggu
latihannnya pula adalah setiap hari bermula dari jam 5 petang hinggalah 7 malam....
kalau hari sabtu dan ahad selalunya latihan dari pagi hingga tengahari....
ahhhh.....letihkan?tapi bagi wan semuanya tidak menjadi masalah.....
beliau telah berkecimpung dalam sukan ini sejak dari bangku sekolah rendah lagi...
wan pernah memberitahu aku yang cita2nya adalah mahu mewakili negara tetapi nasib tidak menyebelahi beliau...
mungkin saingan yg kuat di luar sana yang membuatkan hasrat beliau terbantut...
oleh kerana minat yg mendalam,sehingga kini beliau masih berkecimpung dalam sukan ini...
baiklah......stop cerita bola sepak setkat ini!!!!!

aku teruskan coretan bagaimana aku ditinggalkan berhari2 oleh wan...
baiklah begini,aku mulakan masa peringkat berkawan dan bercinta....
pada ketika itu,agak susah mahu terima la...
pertamanya,dari segi komunikasi terutamanya di telefon...
dengan jadual latihan yang padat,agaknya korang rasa bila waktunya kami bermesej atau telefon????
selalunya waktu pejabatlah masa yang sesuai untuk bertanya khabar,berborak,melaporkan hal2 terkini,mengadu domba dan pelbagai2 lagilah
apabila selepas waktu pejabat hinggalah malam memang sangt2 kesuntukan masa...itupun kdg2 wan curi2 telefon apabila mempunyai kelapangan...
wan lebih sukakan terus telefon dari bersms kerana katanya lebih mudah dan apa yang disampaikan itu jelas...
sehingga kini konsep itu yg kami amalkan walaupun telah menjadi suami isteri...

keduanya,apabila hendak keluar ada hari2 yang tertentu... ini berpandukan jadual perlawanan pasukan...
fuh........yang ini kadang2 boleh mendatngkan pergaduhan kecil antara kami...
cuba bayangkan seminggu tidak bersua muka aku mahulah menghabiskan masa yang lama dengan wan...
tapi sebaliknya yang berlaku,apabila tidak sampai 5 jam kami keluar berdating tau!!!!
kadang2 aku agak jeles lah apabila melihat pasangan lain dapat berjumpa hari2...pergi pada hari minggu tapi aku hanya keluar apabila wan betul2 free
aku sendiri pun tak terkira berapa kali aku mengadukan hal ini kepada wan...
muncung pula akan sedepa ke depan apabila mengenangkan nasib diri....
namun lama kelamaan aku cuba belajar memahami karier beliau sebab itulah minat beliau sebelum mengenali aku...
takkanlah aku begitu kejam mahu beliau berhenti dari arena bola sepak...tak adil kan?
aku mulai memotivasikan diri sendri dan cuba berfikiran positif menerima situasi ini...
dari situ aku belajar bagaimana mengontrol diri dari terus mengomel benda yang sama...
aku belajar bersabar menerima segala kemungkinan yang berlaku apabila aktiviti dating kami terpaksa ditunda saat2 akhir....
yang paling penting,aku harus belajar memahami minat beliau yang terlalu cintakan sukan bola sepak....
itu nasib baik seminggu tidak besua buatnya berbulan2 entah bagaimanakan?
lagilah sunyi hidupku nanti....
sekarang ini semuanya nampak tenang apabila aku sentiasa berfikiran positif,tenang,sabar dan mengamlkan sifat2 mahmudah dalam diri
terima kasih kepada wan kerna banyak bersabar dengan pelbagai2 ragam serta kerenah aku ketika ini...
tidak perlulah aku senarai kerana biarlah ia menjadi rahsia kami berdua....
yang pasti sepanjang tempoh bercinta itu aku boleh simpulkan di mata orang kami bukanlah pasangan kekasih yang idela tpi hati kami tahu sebaliknya...

ketiganya,gangguan2 kecil seperti peminat2 perempuan......
eh....jangan ingat pemain kebangsaan sahaja ada peminat...pemain kelab pun sama juga...
dulu apabila wan bagitau ada perempuan masg atau telefon dia aku tergelak besar tau..
setakat pemain kelab takkanlah ada peminat kot???
namun apabila dia menunjukkan mesej2 dari beberapa kerat peminat perempuan barulah aku percaya....
tak sangkakan penangan pemain bola sepak sangt dashyat....
perasaan aku ketika itu??????
bohonglah kalau aku katakn yang aku tidak mempunyai sifat cemburu tapi wan telah menyakinkan aku bahawa dia masih berpegang pada janji akan setia....
berkali2 beliau nasihatkan aku sentiasa berfikir yang baik2 saja...insya-Allah hubungan akan berjalan lancar...
kekalkan apa yang telah kami amalkan kini...
percaya tak,yang aku tidak pernah sesekali trun padang menyaksikan wan beraksi walaupun sudah bergelar isteri...
bukan tidak mahu memberi sokongan kepada beliau tetapi aku mempunyai prinsip yang tersendiri...biarlah aku memberi semangat dan sokongan di balik tabir belakang sahaja...
kejayaan yang diraih oleh beliau biarlah dikongsi oleh kami berdua sahaja....
aku lebih suka bersikap low profile saja apatah lagi kami mempunyai minat yang berlainan...

benarlah kata orang,selagi namanya manusia kita tidak akan puas dengan apa yang ada walaupun pasangan kita telah lakukan yang terbaik dlm hubungan....
aku rasakan wan setakat ini telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin sebagai suami
walaupun beliau sangt sibuk tetapi jika mempunyai kelapangan kami akan keluar menghabiskan masa bergembira...
aku bersyukur dengan apa yang ada sekrang ini....
walaupun tiada bulan madu selepas berkahwin aku bahagia meniti kehdupan kini lebih2 lagi apabila aku bunting pelamin....
aku sudah punyai rumah sendri,keluarga dan kerjaya jadi apa lagi yang aku inginkan lagi???
oh ya,doaku semoga jodoh aku dan wan kekal sehingga akhir hayat...dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.....dan kasih sayang yang berpanjangan....
apabila mengenangkan pengorbanan wan aku menjadi lebih insaf dan bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan

kepada wanie
apabila kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita semuanya menjadi mudah...
percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya....
dugaan sentiasa datang dan pergi bersilih ganti...harungilah dengan tabah dan cekal
bercinta dan berkahwin merupakan dua situasi yang berbeda...
selagi kita masih tahu tanggungjawab masing2 insya-ALLAH bahagia akan melatari kehidupan kita...
pada aku kualiti masa bersama itu yang pentinng....
manfaatkan lah masa bersama org2 yang tersayang selagi mereka ada lagi....
buangkan perasaan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain jauh2...
realitinya setiap apa yang Allah takdirkan itulah yang terbaik bagi kita....
paling3 penting bersyukur lah sentiasa nescaya kebahagian menjadi milik kita...


kesimpulannya.....
aku sangt bahagia kini!!!!

jgan marah ye sayang ku wanie!!!!!!!

adios










2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam dear,
malulah nak tanya depan2....
pjg betul penerangan ko...
tapi aku tabik spring coz leh bersabar ye....ko kan baran?berubah betul2 ye sejak kenal wan...syabas kawan ku...
aku pun doakan agar ko gembira bersama wan dan rifqi...gembira tgk korang gembira...kirim salam wan key

regard,
wanie

ZUERA berkata...

thanks wanie...
doakan yg terbaik untuk kami sekeluarga ye..amin!