Selasa, 9 Ogos 2011

90 hari yg perlu dimanfaatkan.

salam selasa semua!!!
dah masuk hari yg kesembilan kita puasakan?
macamana dengan puasa korang????
untuk tahun ini aku awal2 lagi sudah raya terlebih dahulu,hehehhe
masaklah aku hendak ganti puasa selama sebulan....
aduhai.........apa hendah buat...pasrah sahajalah..

umum mengetahui pada bajet 2010 cuti bersalin dari 60 hari telah dipanjangkan selama 90 hari kepada kakitangan kerajaan...
namun begitu jika ibu2 mahu mengambil cuti 60 hari pun tidak menjadi masalah...sebab cuti bersalin bagi ibu2 yg bekerja dalam sektor kerajaan hanya diperuntukkan selama 300 hari...contohnya,jika aku mengambil cuti bersalin kali pertama selama 90 hari maka baki cuti bersalin aku tinggal 210 hari....jadi dalm hal ini kenalah merancng betul2 kan?

cuti selama 90 hari ini akan aku gunakan sebaik2nya kerana bukan senang mahu mendapat cuti yg panjang begini...
setakat ini aku dan wan belum mempunyai apa2 perancangan ke arah itu...
malah kami belum sempat bertentang enam empat mata bagi membincangkan hal ini...
sejak bulan puasa ini jadual harian wan sangt2 padat kerana beliau sibuk dengan aktiviti perniagaannya di bazar ramadhan....
siangnya beliau bekerja seperti biasa manakala sebelah petang pula berniaga....
sungguh gigih beliau mencari rezeki kan?????ah...biarlah,daripada membuang masa lebih baik mencari rezeki untuk anak bini,hehehhe...jadi bolehlah pergi bercuti sepuas2nya nanti....

sejak bujang lagi aku memnag suka bercuti di pulau sebabnya aku cintakan aktiviti snokling...
rasa tenang sahaja apabila berenang ke dalam dasar lautan sambil menikmati keindahan hidupan laut seperti terumbu karang,tapak sulaiman,pelbagai spesis ikan yang cantik2,rumpai air,kuda laut dan sebagainya...
sambil berenang boleh memberi makanan kepada ikan2...
sangat2 seronok ke sini sebenarnya...lari dari kesibukan ibu kota kuala lumpur...
tetapi sejak berkahwin aktiviti itu terpaksa dikurangkan lebih2 lagi apabila aku sudah berbadan dua
pernah aku cadangkan kepada wan mahu ke destinasi tersebut tetapi wan cakap tunggulah sehingga anak besar...(huhuhu,terpaksa pasrah)
kalau hendak melancong pun syaratnya mestilah ke tempat2 yang sesuai untuk seisi keluarga...
sebenar2nya aku kurang minat bercuti di tempat2 yang selain dari pulau...
aku sendiri pun tidak tahu mengapa minat itu tiada....huhuhu....
oh rindunya hendak bersnokling lagi......



apabila mempunyai anak tempat2 seperti di atas tidak relevan lagi agaknya...
terpaksalah mengetepikan minat sendiri dan mendahulukan anak terlebih dahulu...
justeru itu aku terpaksa mengambil alternatif lain untuk memanfaatkan cuti 90 hari ini...mungkinkah tempat2 peranginan di bawah ini sesuai untuk anak kecil seperti rifqi??
akan aku cadangkan kepada wan untuk pergi melancong sebelum musim piala malaysia bermula...



Tiada ulasan: