Selasa, 11 Oktober 2011

tegarkah aku?????

dinginnya tubuh ini walaupun keadaan cuaca sangt panas di luar sana...
sejak akhir2 ini sakit belakang kerap datang
adakah ini kesan dari selepas bersalin?
atau aku terlalu aktif walaupun telah dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti berat...
aku sememangnya seorg yg degil...semua nasihat tersebut aku langgar sebab aku bukan jenis orang yg suka duduk diam...
cuti bersalin yg sepatutnya dimanfaatkan untuk berehat tiada makna bagi aku....
hampir setiap minggu ada sahaja aktiviti yg akan aku lakukan....
selalunya bangun2 sahaja dari tidur aku terus buat kerja rumah....
mengemas rumah,basuh baju,mandikan anak,memasak dan pelbagai kerja harian yg aku lakukan...
senang cakap aku memang tak reti duduk diam...
pernah satu hari wan tegur akan sikap aku ini...
dia suruh aku berehat saja kerna esok masih ada....
kadang2 aku terlebih rajin mengemas rumah walaupun jam sudah 10 malam....
hahaha....tak tahulah kenapa aku begini?
aku memang tak boleh duduk diam...

semasa bersalin dulu pun sama sahaja...
sebab itulah aku bersalin senang,hehehe
doktor pun kata begitu...katanya senang kamu bersalin ye....
apa motif aku tulis entry ini....
tidak ada apa2 cuma sekadar luahan kosong sahaja...

aku pun terkejut sebab berat badan aku turun secara mendadak...
walapun belum mengenai sasaran yg ditetapkan namun aku bersyukur kerana seluar jeans lama aku sudah boleh pakai...
satu pencapaian yg membanggakan...
namun aku tidak boleh cepat puas hati kerana harus menurunkan lgi terutama di bahagian pinggul....
mungkin faktor keaktifan aku menjadi salah satu faktor berat badan aku cepat turun...
aku memang mahu berjoging tetapi buat masa ini memang tidak boleh...
harus menunggu sehngga rifqi berumur 6 bulan...
percaya atau tidak satu jamu pun belum aku makan lagi,hahahha
terukkan aku ni???

pada aku sebagai wanita kita kenalah aktif baru kita mendapat kecergasan yg semaksimum...
apabila kita aktif penat itu menjadi soal kedua...
hampir semua kerja rumah aku lakukan sendiri tanpa bantuan wan....
itu menjadikan aku seorg yg kuat,berdikari dan cekal...
mungkin sebab aku kahwin dengan pemain bola serba sedikit ianya telah mempengaruhi diri aku...
apapun semuanya terpulang pada diri sendiri...
tepuk dada tanya diri!!!

apabila kita aktif,sakit2 jarang datang

kesimpulannya,aktifkan diri anda selalu!!!!

2 ulasan:

KAK RAINBOW berkata...

bestnya zuera berat badan turun

ZUERA berkata...

alhamdullilah nurul...