Khamis, 27 Oktober 2011

FAM oh FAM!!

nampaknya keputusan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan makin mendapat tumpuan.. hari ini pelbagai pihak melemparkan rasa tidak puas hati di atas kenaikan harga tiket perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam sabtu ini....

FAM dikatakan tidak mengambil kira keadaan ekonomi semasa kini dan kepayahan kedua-dua penyokong yang bakal hadir ke Shah Alam nanti.. kenaikan harga tiket itu bakal meningkatkan lagi kos penyokong yang bakal hadir terutama sekali buat penyokong Terengganu yang bakal mengharungi perjalanan yang jauh.

aku dengar cerita ramai penyokong Terengganu memboikot untuk tidak turun ke Shah Alam bagi menyaksikan secara langsung perlawanan akhir itu n sehingga penjualan tiket di Kuala Terengganu dikatakan ditangguhkan kerana tiada pembeli.. Kerajaan Negeri pula terpaksa memberi subsidi 50% untuk para penyokong yang hendak turun ke Shah Alam.. bermakna Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk cover balik harga tiket sebenar..!!

menyusahkan orang betul FAM ini,huhuh!!


Diharapkan masalah ini tidak terbawak-bawak sampai bila-bila.. jika ini berterusan nescaya stadium akan kemabali sepi seperti 10 tahun yang lepas..

pikir2kanlah!!

Tiada ulasan: