Jumaat, 7 Oktober 2011

pagi yg carca marba...

salam jumaat penghulu segala hari...
syukur kepada Allah kerana masih diberi pelung bernafas di bumi-NYA ini...
seperti biasa tiada yg menarik ingin aku coretkan di sini...
hampir setiap hari rutin yg sama aku jalani...
untunglah ada anak menemani aku...
kalau tak mati kutu aku dibuatnya...

perancangan untuk hari hujung minggu ini agak2 samar... .
memandangkan ulang tahun pertama perkahwinan aku jatuh pada hari isnin makanya sambutan akan disambut pada hari ahad...
panjang sikit masanya...
kemana destinasinya masih menjadi kejutan kepada aku,hahahha
namun pada firasat akulah mungkin wan akan ajak makan2 di luar atau sambut di rumah sahaja bersama anak2...
tak kisahlah meraikan di mana2 sahaja yang penting ada suami dan anak sudah memadai...
namun hari yg istimewa haruslah disambut di tempat yg menarik kan?
mahu juga dilayan seperti permaisuri jugakan?
bila lagi kan?

petang ini bajet 2012 akan diumumkan
harap2 ada sesuatu yg menarik menanti kami rakyat berpendapatn sederhana ini..
jika tiada pun kita harus bersyukur dengan apa yg ada...
masih ada lagi insan2 yg lebih susah dari kita...
muhasabah diri semoga kita menjadi manusia yg lebih insaf
chewah.......berfalsah pula aku..

maaflah pagi ini aku agak blur kerana tidur ku diganggu oleh rifqi yg awal2 pagi sudah bangun...pas zohor ini rasanya ini berduet tido bersama2 anak ku ini!!!!

akhir kata,jadilah pasangan yg terbaik jgn kita lupa asal usul,hahahha

Tiada ulasan: