Khamis, 20 Oktober 2011

supermak moden...

semalam dalam jam 11 malam baru aku sampai rumah...
fuh padat betul aktiviti aku kebelakangan ini...
pulang dari kerja singgah rumah emak...
tengok anak dan selepas itu terus ke tesco membeli barangan dapur...
hujan yg lebat telah menyebabkan jalan sesak di sana sini...
sampai sahaja ke tesco dalam jam 9.00 malam...
adalah dalam 2 jam aku menghabiskan masa di sana...
harus membeli brgan dapur waktu hari bekerja kerana hari minggu terlalu penuh umat manusia...
tak tertanggung rasanya bersesak2 dan beratur panjang di kaunter pembayaran...

kemudian wan pula lapar dan semestinya singgah di kedai makan...
wan sahaja yg makan,aku hanya minum air sahaja...
yg ada dalam fikiran hanya nampak tilam kat rumah...

sampai sahja di rumah terus letak barangan yang dibeli di dalam peti ais...
cuci muka dan terus tidur...
manakala wan pula berjaga sampai 2 pagi kerana menyiapkan kerjanya...

apa yg ingin aku sampaikan di sini...
sudah 4 hari aku kembali bekerja dan apabila pulang sahaja ke rumah aku langsung tak sempat tengok tv...
selepas mandi aku akan basuh baju dan sambil2 itu lipat baju
sementara menunggu baju dibasuh aku kemaslah rumah ala kadar dan gosok baju
habis semua kerja barulah aku baring
apabila sudah baring apalagi terus terlena hingga ke pagi...
tidur mati,dan tak sedar langsung
nampak sangt yg aku ini sangt keletihan...
hendak ber-fb pun agak terhad ketika ini...
bayak urusan aku harus selesaikan...

supermak betul aku ini....

dari mana aku dapat tenaga yer?

jawapannya.aku sendiri pun tidak tahu!!

1 ulasan:

Fuuhhhh la la ..... berkata...

eheheh nilah challenging nya zura bila dah ada anak.... jgn lupa amik supplemen utk kesihatan.. sabor byk2 ye.... bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian.... cayokk