Rabu, 19 Oktober 2011

CINTA,SAYANG,SUKA&MINAT

Assalamualaikum!~

Cinta

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita..Segala apa yang kita buat, kalau boleh semua hendak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tidak maku sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat bodoh sahaja)


Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita akan tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, perasaan rindu itu tidak wujud walaupun seminggu tidak berhubungan…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita..)


Minat

Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Kategori manakah kalian semua,hahaha??

Tiada ulasan: