Khamis, 6 Disember 2012

UEM Family Day!


sabtu lepas pergi hari keluarga UEM dan anak-anak syarikatnya...
pada mulanya berbelah bagi sama ada mahu pergi atau tidak...
sebab demam dia belum kebah lagi...
begitu juga dengan batuk dan selsema yang belum ada tanda-tanda mahu sembuh...
jadi kalau masih tak baik-baik juga makanya wan terpaksa pergi seorang sajalah...

sebenarnya acara bermula jam 7.00 pagi...
tapi kami sekeluarga datang dalam jam 10.00 pagi...
parking kereta betul-betul depan amcorp mall...
ramai betul orang masa tue...
benda pertama yang wan buat adalah tebus kupon untuk sarapan pagi...
pakej termasuk untuk anak sekali...
aku apa lagi terus makan tanpa banyak cerita...
kena simpan tenaga okie!!!














paling teruja adalah iqi...
dia mana boleh jumpa padang...
lebih-lebih lagi bila tengok budak seangkatan dia...
banyak juga permainan untuk kanak-kanak disediakan...
tapi iqi sekadar menjadi pemerhatianlah...
belum masanya untuk dia sertai acara-acara tersebut...
ketika ini aku tawakal saja tentang demamnya itu...
namun aku gembira sebab dia berlari-lari keseronokan...
tak seperti orang demam yer...

pengacaranya adalah nabil dan angah raja lawak...
memang kelakarlah mereka berdua nie...
cuaca pun semakin panas...
selepas ambil kupon makan tengahari terus pulang ke rumah...
horeyyyy!!!


notakaki:t-shirt untuk isteri memang ada tapi aku malas pakai,heheheh!!!

Tiada ulasan: