1. BELILAH WAKTU "SALE"
* dapat jimat sekurang-kurangnya 20% dari harga sebenar barang tersebut...
* sekarang keutamaan aku pada baju bajan iqi...
* sebulan sekali aku akan peruntukkan sekurang-kurangnya 2 helai baju untuk diri
sendiri..
* bolehlah beli susu dan pampers banyak-banyak...betul tak?
2. MEMBELI BELAH DALAM KEADAAN PERUT KENYANG
* aku suka pergi membeli belah selepas waktu makan tengahari...
* anak aku bukan jenis reti duduk diam waima di kedai makan...
* susah nak tumpu pada makanan bilamana dia tak mahu duduk atas "chair baby"...
3. BERCUTILAH KETIKA "WEEKDAYS"
* rasanya rata-rata setuju dengan cara aku ini..
* kalau pergi waktu begini tidak perlu bersesak dan berkerumun dengan orang lain...
* jiwa dan fikiran pun tenang...
* harga penginapan pun jauh lebih murah dibandingkan hujung minggu dan waktu cuti
sekolah...
4. BERKELAH DI SUNGAI LEBIH BAIK DARI KE "WATER PARK"
* tipulah kalau aku kata tak berminat hendak ke "water park"...
* tunggu iqi sudah agak besar sedikit baru aku dedahkan dia dengan "water park"...
* tapi jujurlah aku lebih suka menikmati keindahan alam semulajadi seperti air
terjun...
* sambil tue boleh berkelah dan ber-BBQ bersama yang tersayang...
5. JANGAN MENANGGUH APA JENIS BAYARAN
* apa jenis bayaran seperti bil air,eletrik,astro,kereta dan rumah diuruskan oleh
encik ridzuan..
* aku cuma tolong topup sedikit untuk rumah...
* barangan dapur selalunya diuruskan oleh akulah...
* tak banyak mana pun berbelanja di sana...
berjimat memang perlu tapi janganlah terlalu berkira sangat...
itu dinamakan KEDEKUT okie!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan