Khamis, 13 Disember 2012

alkisah di hospital pantai!!!


bebudak zaman nie kalau main sukan memang lasak sangat...
sampai boleh tercedera lah...
masuk hospital pula tue...
nasib baiklah cuti sekolah...
tidaklah terjejas pelajaran...

alkisahnya begini,semalam selepas kerja terus ke hospital pantai di bangsar...
melawat syazwan, anak buah yang usianya 16 tahun...
lagi besar dan tinggi dari aku yang dipanggil mak uda...
buku lali terkehel sebab diterjah semasa main futsal...
kena "minor operation" dan harus lebih banyak berehatlah...
mujurlah kecederaannya tidak serius...


1 bilik dikongsi 2 orang...
mamat yang sebelah dengar-dengar ada masalah dengan uraf saraf...
kes yang sama iaitu cedera masa main bola...
oh...takutnya dan ngeri...
menarik juga suasana di hospital pantai nie...
hanya ada 7 tingkat saja...
parking ke lobi juga senang dicari...
waktu lawatan 24 jam...
paling best bila bab makan...
setiap kali makan,ada 3 jenis menu yang boleh pesakit pilih...
dan setiap hari menu yang berbeza-beza...
wah,seronoknya jadi orang sakitkan...?

bola dan lelaki memang tidak boleh dipisahkan...
tiba-tiba teringat wan yang pernah aktif bermain bola...
kini semuatinggal kenangan katanya...
tapi tidaklah terus dilupakan sukan no.1 itu...
sesekali ada masa turun padang juga,keluarkan peluh...
aku pun suka kalau iqi mahu ikut jejak babahnya...
famous apa pemain bola nie,hehhheh!!!


notakaki:gambar ihsan mr google!!




Tiada ulasan: