Selasa, 4 Disember 2012

minggu baru!!!


Bismillahirrahmanirrahim...

sudah lama tak buat entry baru jadi kenalah bermula cara baik...:)
mulai semalam kembalinya aku bekerja...
jika ditanya tentang perasaan Alhamdullilah ianya baik-baik saja..
maklumlah cuti selama 2 bulan telah aku gunakan dengan sebaik mungkin...
cuma kadang-kadang rasa rindu kat hero kecil...
seperti biasa opah dialah yang mengambil tugas bila aku dan wan pergi kerja...
bukan tidak percaya pada pengasuh atau taska tapi buat ketika ini itulah langkah yang terbaik buat hero kecil...
tunggulah "orang baru" muncul nanti...
mungkin ada penempatan baru untuk mereka...
siapa tahukan???

menjelang berakhirnya 2012 tiada apa-apa aktiviti yang kami rancangkan...
mahu bercuti pun aku rasa malas...
sebab di mana-mana pasti akan penuh dengan orang...
sebarang undangan keraian memang tiada untuk bulan ini.
apa yang ada dalam kepala otak aku cuma mahu berjalan di taman,tasik,padang dan sewaktu dengannya...
iqi tidak sesuai dibawa di pusat membeli belah...
pergerakkannya juga sangat lasak dan aktif...
kegemaran dia sekarang adalah berlari-lari...
aku kan mana boleh tengok rumah bersepah...
jadi jalan terbaik bawa dia ke taman...
senang cerita!!!

okie,kandungan aku sudah masuk angka 6 bulan...
alahan langsung tiada...
belum rasa mengidam nak makan sesuatu...
selera makan agak kurang berbanding hamil kali pertama...
tekanan darah dan kolestrol cemerlang...
petang ini ada check-up dan aku harap segalanya cantiklah...
pengalaman hamil kali kedua sama saja...
keterujaan tetap membara dalam jiwa...
nasihat doktor agar selepas ini harus merancang...
dan memang itulah yang akan aku lakukan...
syukur sebab misi 2 anak sebelum umur 30 tahun hampir tercapai...
dan aku sentiasa mendoakan agar kandungan aku tiada apa-apa masalah...


notakaki:mahu bersalin secara normal lagi!!


1 ulasan:

sihatbyMAMAELLY berkata...

welcome back zura..selamat kembali bekerja