Jumaat, 7 Disember 2012

cuti panjang buat apa???


sejak masuk kerja barulah ada peluang untuk ber-ym dan berblogging...
ada yang tanya apa yang aku buat sepanjang bercuti?
seronok tak duduk rumah?
adakah menjadi suri rumah itu memenatkan?
itu antara soalan cepumas yang paling top ditanya...

tujuan asal aku ambil cuti tanpa gaji adalah sebab masalah alahan...
untuk kali kedua nie aku alami muntah yang teruk...
masa kandungan 3 bulan memang aku lembik...
ia berlarutanlah sehingga bulan seterusnya...
ketika itu pula anak aku masuk hospital sebab demam panas...
wan pula terpaksa ambil cuti selama seminggu bagi menjaga iqi...
jadi hasil perbincangan aku putuskan untuk berehat saja di rumah...
aku jumpa dengan bos dan bagitaulah masalah aku...
syukur segalanya dipermudahkan...
lagipun cuti aku memang tinggal nyawa-nyawa ikan saja...
makanya,inilah jalan terbaik yang ada...

1/10/2012 bermulalah kehidupan aku sebagai suri rumah...
minggu pertama adalah minggu suai kenal...
masih bangun jam 6.00 pagi...
mandi,solat,masak air dan kalau rajin buat sarapan...
segalanya berjalan dengan tenanglah...
sebelum anak bangun sediakan makanan tengahari terus...
jika ada kelapangan aku bawalah iqi jalan-jalan kat taman...
bosan saja terus ke jaya jusco ataupun wangsa walk...
dengan keadaan sedang membawa perut aku rasa eloklah pergi tempat yang dekat dengan rumah...
ketika itu Alhamdullilah kesihatan aku dan iqi bertambah baik...
bila wan out-station aku tidurlah umah emak aku...
paling best dapat masak pelbagai resepi yang tak pernah aku cuba...
semuanya bergantung pada kerajinan aku juga ye...


sempat jugalah kami cuti-cuti malaysia bersama...
berkelah di PD dan bagan lalang...
balik kampung di melaka dan menziarahi pusara arwah ayah...
menghadiri perkahwinan kawan di kedah...
sambil tue jalan-jalan sekejap di pulau pinang...
dipendekkan,inilah waktu bagi aku menumpukan sepenuh perhatian pada suami dan anak...
gembira teramat sangatlah...

aku akui menjadi suri rumah bukan kerja mudah...
sama saja seperti wanita yang bekerja...
cuma bezanya tidak perlu berkejar mengejar masa...
melayan anaklah yang paling mengujakan...
setiap masa dapat melihat perkembangan dia membesar...
ada saja keletah dia yang menghiburkan hati...
siang malam asyik berkepit kami dua beranak...
rasa puas bebenarlah...

tak tahu nak huraikan...
sapa yang pernah alami tentu akan mengerti...
silalah cuba ye!!


notakaki:itu foto terkini iqi...sebiji muka babah dia...pasrah sajalah!!!

Tiada ulasan: