Khamis, 6 Disember 2012

harapan menjadi layu!!!


agak kecewa jugalah sebab tak dapat tengok filem "Istanbul Aku Datang"...
minggu pertama tayangan,penuh dengan umat manusia...
jadi aku pergilah minggu keduanya pula...
tetap sama di mana ramai yang beratur di kaunter...
masuk minggu ketiga iqi demam...
wan pula ada kerja di kedah dan pulau pinang...
dan berputih matalah aku sekali lagi...

niat dihati mahu saja beli DVD original...
namun harapan itu tetap menjadi layu...
kalau tengok di rumah memang kirim salam sajalah...
sebab kena tunggu iqi tidur dulu baru boleh tengok dengan aman...
tapi masalahnya anak aku itu tidurnya jam 11.00 malam...
dan ketika itulah mata aku sudah nampak bulan dan bintang...


ramai review filem ini sangat menarik dan sempoi...
masih dalam genre percintaan tapi tidaklah jiwang-jiwang seperti kebiasaan filem melayu...
aku paling menyampah dengan cerita melayu yang terlalu melankolik ini...
rimas dibuatnya...
sabtu ini aku akan langgan cerita ini kat astro first...
tak kisahlah kalau terpaksa tengok tengah-tengah malam...
bukan kerja keesokkan harinya...
lagipun memang sabtu dan ahad ini aku mahu duduk rumah saja...
ada juga wan ajak aku tengok perlawanan bola antara malaysia lawan thailand...
dan semestinya jawapan aku adalah malas...


notakaki:mengantuk sangat ketika ini...tak tahu nak buat apa!!


2 ulasan:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya berkata...

zura,,, akak dah donload citer tu,, he,,he,,he,, nak x?

ZUERA berkata...

nak,nak,nak...best tak citer tue