Khamis, 13 Disember 2012

positif!!


bila sebut tentang bersangka baik,sejujurnya ianya bukan mudah...
setiap hari kita akan bertemu dengan ramai orang,tak kira yang mengenali kita atau tidak...
makin ramai yang kita jumpa,makin banyak perception yang hadir dalam fikiran kita...
dan kadang-kadang perception itu lahir di luar kawalan kita...
adakah itu normal?
entahlah tepuk dada tanya diri sendiri...

pendapat aku untuk bersangka baik ianya bermula dari dalam diri...
cermin diri sendiri adalah contoh yang terdekatlah...
lihat silap dalam diri yang membawa kita kepada masalah itu dan senaraikan kesilapan tersebut...
cara mudah perbaiki diri sebelum memandang orang lain sebagai punca masalah itu... dengan kematangan dalam diri In sha Allah kita akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang kita hadapi...
ya,memang senang bekata-kata itu dan ini...
tapi hakikatnya agak sukar untuk dilakukan...
apa kata jadikan sebagai satu cabaran kepada diri sendiri...
buat secara berdikit-dikit...
nanti hasilnya pasti memberi kesan yang baik...
teruskan berfikiran positif...

Chill and smile always!

Tiada ulasan: