Rabu, 7 Mac 2012

usah merancang untuk anak pertama!!


sebelum aku kahwin emak dan semua makcik-makcik aku memberi nasihat agar jangan merancang untuk anak pertama...
kata mereka,anak pertama itulah yang akan berikan kita segala ribu nikmat rezeki dari-Nya...

jadi semasa hampir waktu untuk disatukan aku sudah bagitahu wan tentang kesediaan aku untuk menimbang cahayamata pertama...
juga telah aku setkan dalam kepala otak aku agar tidak terlalu mengharap...
kalau ada rezeki aku panjatkan kesyukuran...
jika lambat aku akan terima dengan hati yang terbuka...

dahulu aku selalu dengar orang yang baru berkahwin selepas itu terus mengandung...
nampak macam senangkan?
percayalah,ianya bukan atas alasan seks semata-mata...
semua bergantung kepada kesuburan kedua-duanya...
yang penting semuanya rezeki dari Yang Maha Esa...
dapat aku bayangkan perasan orang yang sudah bertahun-tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak...
lagi-lagi bila sering diajukan soalan yang berbaur sedemikian...
sabar sahajalah!!

pada pemerhatian aku,kebanyakkan mereka yang merancang ini alasannya mahu enjoy sehabis-habisnya...
alasan kewangan belum stabil itulah yang sering terpacul...
aku tiada komen tentang hal ini kerana pendapat masing-masing berlainan...
cuma pada aku,anaklah pengikat kasih sayang antara suami isteri...
seronoknya ada anak sukar untuk diterjemahkan...

orang kata, lelaki ini kalau dia mahu cari lain bila-bila masa pun boleh...
waima bercerai sekalipun...
tapi bila dia fikirkan anak-anak,dia tidak sanggup...
betul kah?


orang katalah,bukan aku!!

Tiada ulasan: