Rabu, 7 Mac 2012

antara dua!!


hidup ini semata tentang PILIHAN....
setiapnya mesti ada dua....
untuk memilih menjadi satu sememangnya sukar walaupun sebenarnya pilihan itu sudah terbentang lama di depan mata...
cuma hati yang masih berbelah bahagi mahu memilih jalan mana paling sesuai untuk diri sendiri....

kalau ianya berkenaan jodoh,usah hendak dikalutkan sangat...
satu masa nanti jodoh pasti akan datang dengan sendirinya....
jika hubungan itu putus maksudnya pasangan kamu itu bukan jodoh kamu yang tepat....
tiada apa yang hendak diraungkan sangat...
perit untuk permulaan sahaja dan kemudian kita akan rasa lega serta redha menerimanya...
setuju!!!

berkahwin dan ada anak adalah PHD buat aku...
terlalu banyak yang aku belajar tentang kehidupan berumahtangga...
dan kini pun masih belajar lagi...
pada mula memang semua pasangan suami isteri pun akan ada masalah untuk memahami perangai masing-masing...
maka untuk memahaminya,ia memerlukan masa bukan paksaan...
orang kata,sudah berkahwin ikut suka hendak buat apa...
itu memang betul tetapi lebih banyak hati dan perasaan yang harus dijaga...
dan paling utama adalah menjaga aib suami serapat-rapatnya...

mengenali seseorang itu memerlukan masa...
setelah cukup tempohnya itu maka pilihan pun tiba...
dan semua keputusan adalah atas hati dan diri kita sendiri...
justeru itu,pandanglah masa depan apabila sudah tertakluk itu jodoh kita...
jadilah pasangan yang terbaik di kalangan yang terbaik...
baru segalanya dipermudahkan!!!


ok...setuju

2 ulasan:

wanie berkata...

terbaiklah lu bai...
tentu laki lu bangga dapat bini pandai berkata2...

ZUERA berkata...

bila nak wat blog cik wanie...
aku cabar ko,hahaha