Isnin, 19 Mac 2012

kenapa harus berdiet!!


hakikat yang harus diterima apabila selepas bersalin adalah kenaikan berat badan...
ada orang masih dapat kekalkan berat badan seperti dahulu...
ada juga yang mengalami kenaikan yang mendadak...
semuanya bergantung kepada hormon dan metabolisme badan masing-masing...

itulah yang terjadi pada diri ku...
berat sebelum bersalin adalah 72kg...
dan selepas 3 bulan cuti bersalin turun adalah 10kg...
dengan berat 62kg itu aku masih belum berpuas hati...
lantas aku tanamkan dalam hati untuk mendapatkan berat yang ideal...
sasaran aku adalah 55kg...
maka gigihlah aku berdiet sambil melakukan senaman ringan...
berpandukan laman web rasmi kevin zahri aku belajar tentang diet yang betul...

tidaklah aku mengamalkan diet yang ekstrem...
semuanya aku lakukan mengikut kemampuan diri sendiri...
aku cuma makan nasi apabila ada keraian dan hujung minggu sahaja...
waktu bekerja langsung tiada pengambilan nasi...
aku lebih banyak mengambil lauk dan makan makanan bersup sahaja...
tiada lagi makan selepas jam 8.00 malam...

faktor utama aku berdiet sudah tentulah untuk menyarung kembali baju-baju lama sebelum berkahwin terutamanya baju untuk ke pejabat...
terasa sayangnya hendak membuang baju-baju itu kerana ianya masih dikategori baru lagi...
apabila berdiet kuranglah juga sakit kaki ini...
berat badan yang melebihi bmi telah membuatkan aku selalu mengalami sakit di bahagian tersebut...
terutama sekali apabila terlalu lama berdiri dan kerap berjalan jauh...
jadi aku harus mendapatkan berat yang ideal bagi mengatasi masalah itu...

sebab lain adalah mahu kembali aktif seperti dahulu...
harus mengembalikan stamina lebih-lebih lagi apabila berjoging...
semput nafas aku ketika berjoging tempohari...
terasa letih yang amat sekali...
walaupun aku aktif tapi aku dapat rasakan ianya tidak seperti dahulu...
harus membuang sifat kemalasan dalam diri...
dan tidak boleh bergantung kepada satu cara jika mahu mendapatkan berat yang ideal...

aku bertuah kerana wan adalah seorang atlet...
mana nasihat dan petua yang bersesuaian aku jadikan azimat...
seronok juga jika ada teman untuk berjoging...
bak kata wan,lakukan mengikut daya sendiri...
jika mahukan hasilnya kenalah berusaha...

jika ditanya,adakah aku berpuas hati dengan berat badan sekarang?
sudah tentu jawapannya BELUM LAGI!!!
berat terkini aku adalah 57kg...
hanya tinggal 2kg sahaja lagi berat ideal dapat direalisasikan...
niat aku bukan mahu kurus melidi sangat...
cuma ingin memakai kembali baju lama-lama yang sudah lama terperap dalam almari...
itu matlamat aku...

kini dapat aku rasakan berat badan semakin ringan...
tiada lagi rungutan kesakitan kaki...
yang penting dapat dirasakan kesegaran apabila sudah mula berjoging...
setiap hari aku akan menaiki tangga ke pejabat...
mula-mula sahaja akan rasa susah tetapi lama kelamaan ianya menyeronokkan...
apa yang penting lakukan dengan hati yang senang...
lapangkan minda dan berpegang teguh pada prinsip sendiri...
yakini yang setiap usaha itu pasti ada hasilnya...


percayalah!!!


notakaki:aku tidak percaya pada suplement tambahan..jadi aku lakukan mengikut kata pakar yang diiktiraf...sekian!!!

Tiada ulasan: