Jumaat, 2 Mac 2012

RASA....


apa yang di lihat,dengar,rasa
tidak semuanya boleh dipercaya
gunakan setiap pancaindera yang ada
baru tahu apa maksud dan makna...

hari ini kita bergelak sakan
hingga terlupakan teman-teman
yang berhempas pulas berperangan
dengan masalah jiwa yang tertekan...

mahu aku tekankan
semua yang aku titipkan
tidak semuanya berkaitan
cuma menyelami persekitaran
dengan sedikit perasaan
yang dianugerah oleh Tuhan...

hidup ini singkat bukan
jadi jangan ditambah penyesalan...


Tiada ulasan: