Jumaat, 1 November 2013

OT..!


Assalammualaikum...


Semalam semua staff dapat arahan kena buat OT..
Sebab Audit nak datang minggu depan..
Terus telefon Wan dan nasib baik dia tak bising..
Jadi servis menjaga anak bertukar tangan mulai semalam dan hari ini..
Dan harap-harap dapatlah balik awal seperti kebiasaannya..

Sampai rumah dalam jam 9.30 malam..
Driver opis yang tolong hantarkan..
Raiqa ketika itu sudah lena diulit mimpi..
Eky pula agak ralit dengan tab..
Apa lagi melayan cerita Upin Ipin lah..
Tak pernah jemu tengok walaupun berkali-kali diulang tayang..
Biarlah janji hero kecil gembira..
Emak sepeti biasa setiap Khamis pasti akan ke surau..
Lepas mandi terus join Raiqa tidur..
Penat sesangat..!

Inilah namanya perngorbanan wanita bekerjaya..
Meringankan beban suami lah katakan..
Walaupun duit kita tak disentuh oleh suami..
Namun adakalanya kena topup mana-mana yang perlu..
Memang menjadi kewajipan suami menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak..
Tapi tak salah rasanya kalau kita bantu apa yang terdaya..
Untuk hidup "mewah" haruslah ada sikap tolak ansur..
Bukanlah memandang rendah kemampuan suami..
Cuma terkadang nafsu wanita untuk membeli belah sukar dibendung,kuikuikui..

Berdasarkan pengalaman cuti tanpa gaji selama 2 bulan..
Tugas suri rumah bukan mudah..
Celik mata ada saja benda yang kena buat..
Tapi serius penat macamana pun namun hati tetap riang..
Sebab dapat lihat anak membesar depan mata..
Paling best tatkala menyuapkan mereka makan hasil tangan sendiri..
Dari segi perbelanjaan tak jauh beza pun..
Urusan kewangan berjalan seperti biasa..
Dipendekkan,duit yang laki bagi pandai-pandailah uruskan..
Tak boleh belanja ikut suka hati,hahaha...!!

Semua orang nak hidup senang..
Tapi haruslah berusaha..
Betul tak..?



Notakaki : Happy Diwali pada penganut agama Hindu...Vanakam..!!




Tiada ulasan: