Khamis, 7 November 2013

Sibuk Sepanjang Hari..!!


Fuhh baru boleh bernafas hari nie..
Macam-macam hal berlaku kat pejabat..
Tapi aku anggap ia adalah normal..
Resam bekerja beginilah..
Janji beres tugas aku sudah..
Kini menghitung minit untuk pulang ke rumah..
Bergomol bersama anak-anak :)

Okie,hari nie dapur off-day..
Mahu menghayati episod akhir Love U Mr Arrograny dengan hati girang..
Harap-harap happy endinglah ye..!

Cerita yang hangat bagi ibu bapa adalah kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan..
Nak tercabut nyawa bilamana tengok rakaman video tue..
Aduhai urut dada aku..
Apalah salah budak-budak tue..
Kalau tak mahu jaga jangan buka pusat asuhan..
Langsung tak ada sifaT perikemanusian sungguh..

Inilah delima bagi ibu bapa yang keluar bekerja..
Bercampur-baur perasaan tatkala meninggalkan anak kepada orang lain untuk dijaga..
Aku selalu berdoa agar pengasuh Raiqa menjaga dia sebaiknya..
Memang menjadi impian setiap ibu yang bekerja mahu menjadi suri rumah..
Menjaga anak sendiri,mendidik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga..
Tapi adakalanya keadaan tidak mengizinkan..
Hidup di bandar KL kosnya sangat tinggi..
Bukan menidakkan kemampuan suami untuk menyara keluarga..
Cuma sebagai isteri perlu ada rasa timbang rasa dalam hal ini..
Sekurang-kurangnya beban yang dipikuL ketua keluarga berkurangan..

Kita sudah sedaya upaya berusaha..
Selebihnya kita serahkan pada-NYA jua..
Moga-moga Allah memberikan perlindungan kepada anak-anak yang dijaga oleh pengasuh..
Ameen..!


Notakaki : Esok ada kursus "BETULKAH BAHASA MELAYU SAYA" di IPPTAR..Suka dan suka..Horrey..!!

Tiada ulasan: