Jumaat, 15 November 2013

Jumaat Yang Dingin..!


Assalammualaikum semua..!!

Syok betul hujan malam tadi..
Tarik selimut dan syukur tidur agak lena..
Kalaulah hari ini hari Sabtu alangkah indahnya..
Melihatkan mereka-mreka yang tersayang yang masih lena diulit mimpi bercampur-baur rasa..
Alhamdullilah Allah masih memberi kesempatan bernafas sehingga detik ini..

Tanggal 15/11 genap 2 tahun pemergian ayah..
Tak pernah waima sedikit luntur ingatan kami kepada arwah..
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan arwah di alam sana..
Moga ayah tenang dan rohnya dicucuri rahmat..
Ameen..!!

We are always love and miss u,Ayah..!!





Menjelang 9 Muharam aka hari Rabu sempat jugalah aku buat bubur lambuk..
Mujurlah malam sebelumnya dah sediakan bahan-bahan..
Pertama kali buat menjadi juga akhirnya..
Dan paling gembira habis licin dimakan..
Boleh jadi pembakar semangat nie untuk dicuba lagi..
Tengok pada masa dan kesempatan lah,hahahha...



Semalam tak masuk pejabat..
Ada kursus di IPPTAR Angkasapuri..
Tajuknya adalah "Bicara Inovasi" bersama Ketua Pengarah Eksekutif animasi Upin Ipin..
Siap bawa maskot lagi..
Tahun 2010 pernah datang ke pejabat mereka di Seksyen 13,Shah Alam..
Ikut rombongan bersama pegawai Kementerian Kewangan..
Yang ditunggu oleh kebanyakkan peserta sudah tentulah "Sepetang Bersama Datuk Rosyam Noor"..
Beliau berkongsi kehidupannya semasa kecil sehinggalah menjadi terkenal..
Orangnya sungguh merendah diri dan mesra..
Lawak juga Rosyam nie tau..

Okielah juga kursus kali nie..
Senang cerita yang baik kita jadikan pengajaran..
Yang kurang elok buang jauh-jauh..
Betul tak..?

Tiada ulasan: