Isnin, 25 November 2013

Kisah Biasa..!!


As-salam semua..

Otak agak kosong ketika ini..
Nak kata penat tidaklah juga..
Puas duduk rumah 2 minggu berturut-turut..
Cuma petang semalam lepak kat Taman Tasik Titiwangsa..
Sekali pergi terkejut..
Ramai benar umat manusia..
Okie,baru teringat sekarang musim cuti sekolah..
Rasanya kalau setiap minggu buat aktiviti santai begini pun kira memadai..
Kasi pendedahan untuk Eky bersosial sikit..


Lihatlah betapa sukanya 2 beradik nie bilamana dibawa bersiar-siar..
Teringin mahu gantikan stroller baru untuk Raiqa..
Tapi bila bincang dari hati ke hati Wan kata tak perlulah..
Sebab Raiqa tak reti duduk diam..
Makanya terpaksalah bergilir-gilir dukung..
Apa nak dikata kita pasrah sajalah..


Bila ada anak semua pelaburan tertumpu pada mereka..
Benda yang penting sudah tentulah susu dan pampers..
Lain-lain tue berada di ranking kedua dan seterusnya..
Rasanya dah lama tak beli baju baru untuk bebudak..
Em..hari Jumaat akan cuba mencuri masa ke Manjaku:)
Untuk diri sendiri tak ada hal..
Sebab banyak baju dalam almari tak pakai lagi,hahahhaha...



Notakaki : Bila datangnya hari Isnin rindu pula sama weekend..Setuju tak..?





Tiada ulasan: