Selasa, 12 November 2013

Makan Tengahari di Tupai-Tupai..!!




Tak semena-mena Wan telefon mahu ajak lunch bersama..
Perasaan harus gembira tidak terkata..
Lokasinya di Restoran Tupai-Tupai..
Dekat sangat dengan pejabat aku kat Jalan Istana tue..
Kami sampai agak awal iaitu jam 12.30 tengahari..
Terus beratur pilih lauk..
Ada juga hidangan alacarte..
Tapi bila tengok orang tak henti-henti masuk aku batalkan niat saja..
Menarik juga hidangan yang disediakan..
Ke sana ke sini aku memilih lauk..
Semuanya nampak sedap di depan mata,kakakkaka..
Maklumlah dah lama tak makan nasi beginilah..

Pada belah malamnya ada bufet stemboat..
Harga untuk dewasa dalam RM29.00
Kanak-kanak bawah 4 tahun adalah percuma..
In Shaa Allah kalau ada kelapangan kami akan datang lagi..
Kali nie mahu bawa Eky dan Raiqa..

Kesuluruhannya,kos makan kami RM24.60..
Nampak mahal sebab bersesuailah dengan konsep kedai nie..
Yang datang pun bukan calang-calang orang..
Pergi kat parking boleh dibilang dengan jari berapa saja kereta tempatan..
Yang lainnya semua kereta import okie..
Jadi tak ada istilah mengeluh..
Janji perut kenyang sudah..


Wassalam..!!


Notakaki : Tak sempat bergambar sebab terlalu lapar..!

Tiada ulasan: