Selasa, 12 November 2013

Get Well Soon My Heroin..!!


Tika ambil Raiqa,pengasuh kasitau badan dia dedar..
Bawa pulang dan sukat suhu..
Benar dia demam..
Lap-lap badan selepas tue bagi dia makan bubur..
Seleranya agak bagus..
Habis satu pingaan..
Bila topup sepinggan licin juga..
Dalam hati rasa legalah..


10 minit begitu masukkan dalam buaian..
Terus lena tanpa banyak songeh..
Bincang dengan Wan esok mahu bawa dia ke klinik..
Tapi dalam jam 8.30 malam Raiqa terjaga..
Nangis yang bukan seperti kebiasaannya..
Bagi susu,ditolaknya mentah-mentah..
Jadi periksa suhunya kembali..
Dari 37 kini naik kepada 38.7..
Kami berpakat bawa ke Klinik Ng & Lim kat Pudu..
Memang kalau anak demam dua klinik yang aku akan bawa iaitu Klinik Kita dan Klinik Ng & Lim..
Mujurlah orang tak ramai..
Hasilnya doktor bagi ubat demam dan antibiotik..
Pesannya kalau sampai hari nie masih tahap 38 terus bawa ke hospital..


Syukur malam tadi dia tidur dengan lena..
Langsung tiada kedengaran rengekan..
Bangun pun macam biasa..
Keluar lewat pagi tadi sebab bagi dia makan dulu..
Berkira-kira sama ada mahu ke pejabat atau tidak..
Tapi bila tengok dia ceria dan demamnya seakan kebah,aku batalkan hasrat tue..
Bukan mahu lepas tangan..
Jauh sekali nak susahkan pengasuh dia..
Cuma ada kerja yang perlu diselesaikan di pejabat..
Hujung bulan Audit akan datang..
Jadi sana sini semua orang sibuk..
Dan syukur sangat-sangat pengasuh Raiqa memahami..
Nasib baik pejabat dan rumah dekat yang amat..
Makanya,bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan..


Bulan nie usianya Raiqa cukup 8 bulan..
Berat terkini adalah 6.4kg..
Syukur ada pertambahan..
Doktor kata asal dia sihat,aktif dan cukup makan tiada apa yang perlu dirisaukan..
Bab tue aku tak kisah sangat..
Hanya jauhari mengenal manikamnya..

Cepat sembuh ye Auni Nur Raiqa..!


Notakaki : Dapat parcel dari Jerman..Thanks Dila sekeluarga..!

Tiada ulasan: