Rabu, 6 November 2013

Mini Vacation at PD..!!


As-salam semua..!!

2 minggu sebelum kejadian,Wan buka mulut mahu ke Port Dickson..
Haruslah aku bertepuk tangan dengan ideanya tue..
Tapi syaratnya kena ada kolam renang..
Gigihlah aku meng-google..

Dan akhirnya pada Ahad lepas dapatlah jejak kaki ke Prima Inland Sea Resort PD..
Tidur 1 malam saja..
Selasanya bolehlah berehat-rehat di rumah..!!
Studio Room yang kami menginap nie unit persendirian..
Harganya adalah RM130..
Biliknya agak sederhana tapi memadailah buat kami sekeluarga..





















Selesai hari pertama yang boleh diibaratkan hari membasahkan diri..
Untuk mandi kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma..
Manakala yang dewasa wristband aka gelang cuma RM35.00..
Boleh dipakai selama 2 hari..
Kali nie aku hanya jadi pemerhati saja..

Gambar hari kedua sambung nantilah ye..!

Tiada ulasan: