Selasa, 19 November 2013

Perihal Eky dan Raiqa..!!


Semalam,Eky dah 2 tahun 4 bulan..
Esoknya pula Raiqa genap 8 bulan..
Beza mereka adalah 1 tahun 8 bulan..
Ramai tanya cabaran punyai anak yang jaraknya dekat..
Setakat ini aku mampu mengatasinya..
Cuma ada masanya perasaan geram datang menyinggah bilamana kedua-dua buat "perangai"..
Lama-lama aku semakin lali..
Apalah yang mereka tahu..
Layankan je sudah..


Syukur jugalah sebab Eky sudah pandai berdikari..
Tab adalah benda kesayangan dia sekarang..
Celik saja mata tablah yang dicari..
Tatkala tangannya menekan item "Youtube"..
Terus suruh Mama atau Babah buka cerita Upin Ipin..
Bila mahu makan dia akan bersuara..
Dia sedang berdikit-dikit mahu bercakap..
Cuma kedengaran agak pelatlah..
Bab makan dialah hero..
Bangun tidur harus ada nasi..
Kalau dulu dia suka apa jenis sup..
Tapi kini dia tak kisah apa lauk yang dihidang..
Janji kenyang..
Sakit-sakit macam demam tue biasalah..
Budak tengah membesarkan..
Lebih rapat dengan Babah..
Tapi bila nak tidur akan cari Mama,hahahah..
Adil dan saksamakan..!!


Setiap anak berbeza-beza dari segi minat,karakter,peel dan sebagainya..
Benar kata orang menjaga anak perempuan lebih mencabar..
Raiqa orangnya berjiwa sensitif dan lemah lembut..
Tak boleh ditinggalkan keseorangan..
Bila mahu tidur harus dalam buaian..
Kadang-kadang puaslah didodoi tak lelap juga..
Itulah masalah bila dibawa berjalan-jalan..
Jenuh jugalah dodoi sampaikan naik letih tangan ini,heheheheh..
Sedang belajar berdiri..
Belum ada tanda-tanda pertumbuhan gigi..
Tak kuat makan macam abangnya..
Namun cukup suka gelak dan menjerit,heheheh...!!


Pada aku jarak anak tidak menjadi isu..
Sebab aku tahu tahap kemampuan diri sendiri..
Alhamdullilah Allah makbulkan permintaan kami untuk ada 2 orang sebelum umur 30 tahun..
Jadi tumpuan selepas ini hanya kepada mereka..
Tiada petua yang aku amalkan..
Sentiasa positif dan sedaya upaya bersikap cool dalam apa jua situasi..
Mana sisi negatif aku sedaya upaya buangkan jauh-jauh..
Kerana jujur aku akui bahawa aku gembira dengan kehidupan aku kini..
Dan semga ianya begini sampai akhir nafas..
Ameen..

Lain orang lain perancangannya..
Tepuk dada tanya selera
Chill..!!


Notakaki : Perkahwinan adalah satu perjudian..Ada turun naiknya..Namun sebagai manusia apa saja takdir kita kena terima seadanya..Masih dan sedang belajar mengenai alam rumah tangga..Sama-samalah kita doakan yang terbaik ye..!!


Tiada ulasan: