Selasa, 27 Ogos 2013

Kelahiran Anak Kedua - Auni Nur Raiqa binti Mohd Ridzuan


Ops..aku belum buat entry pasal kelahiran anak kedua aku rupanya..
Jadi layanlah cerita aku yang biasa-biasa saja nie..

19/03/2013 (ISNIN)

Pergi check-up di PPUKM seperti biasa..
Selalunya ditemani Wan tapi kali ini aku keseorangan saja..
Sebelum jumpa doktor,ibu mengandung kena masuk bilik no.5 untuk di-scan perut..
Best tau sebab dapat tengok keadaan baby..
Masa scan kali pertama didapai air ketuban tiada..
Tapi baby okie je dalam perut..
Jururawat rujuklah pakar scan untuk pastikan..
Setelah diperiksa hasilnya sama..
Makanya,dia panggil doktor untuk periksa sekali lagi..
Keputusan tetap begitu..

Terus masuk bilik doktor dan diberi penerangan mengenai risiko air ketuban kering..
Aku pun telefonlah Wan suruh segera ke hospital..
Doktor cadangkan supaya masuk wad..
Depan Wan diterangkan keadaan aku dan bayi..
Seram sejuk aku bila dia bagitau akan masukkan satu rod kecil untuk mempercepatkan contraction..
Apa lagi yang mampu aku buat,menyerah diri sajalah..
Bila kena warded aku pun telefon emak..
Minta dia tengok-tengokkan Eky..
Wan pula pergi kerja seperti biasa..
Petangnya dia,Eky dan emak datang melawat aku..
Jangan tak percaya boleh lagi aku bawa Eky berjalan-jalan..
Serius,langsung tak terasa sakit..

Bermalamlah aku di wad sambil ditemani pesakit-pesakit yang seangkatan aku..
Tunggu juga bila sakitnya mahu datang..
Tapi hampa..
Lebih baik tidur lagi enak..
Terlajak sampai jam 6.30 pagi..

20/3/2013 (SELASA)

Konsep PPUKM adalah jam 7.00 pagi dia dah kemas-kemas katil pesakit..
8.00 pagi sarapan sudah terhidang depan katil..
Sedang makan doktor datang..
Katanya pagi nie air ketuban akan dipecahkan..
Oh Tuhan,mimpikah aku..
Aku pun buat-buatlah lambat makan..
Telefon Wan dan suruh dia datang cepat-cepat..
Nanti tak sempat pula temankan aku bersalin..

Maka berbaringlah aku atas katil khas..
Doktor apa lagi terus jalankan kerja dialah..
Fuh...sakit gila bila air ketuban dipecahkan..
Eky dulu sedar-sedar air dah keluar..
Cuma tunggu bukaan 9cm baru masuk labour room..
Selepas itu,mulalah aku rasa sakit..
Doktor seluk dah 4cm..
Terkejut aku mendengarnya..
Aku request kat doktor mahu tunggu suami datang..
Mujurlah doktor tue benarkan..

Wan pun datang sambil bawa beg baju aku dan baby..
Terus ke labour room..
Dipasangkan segala bagai wayar kat badan aku..
Dalam hati berdoa cepat-cepatlah proses ini berjalan..
Sakit memang sakit tapi aku buat-buat relax je..
Yang tak bestnya bila ada bukaan doktor akan seluk..
Sakitnya hanya Allah yang tahu..
Serius aku tak suka cara doktor nie..
Pada aku,tak perlulah kerap seluk..
Bila dah 9cm barulah bertindak..
Geram teramatlah sangat..
Luahan itu aku lontarkan pada Wan..
Kerana tak tahan sangat aku minta epidural..
Sempat pula doktor tue terangkan kesan pengambilannya..
Tak kiralah aku tetap mahu ambil..
Dahlah asyik kena seluk ditambah pula kesakitan yang berganda-ganda..
Tak terdayalah aku nak bertahan..
Proses epidural tak lama mana pun..
Ianya dicucuk kat tulang belakang kita..
Lepas berjaya masuk dapat rasa jarum tue bergerak..
Sejuk yang amat sangat..
Kesan serta merta adalah seluruh badan akan gatal-gatal selama 10 minit
Tapi serius setiap kali datang contraction tak rasa sakit sangat-sangat..
Macam angin lalu saja..

Okie,bila bukaan dah 9cm doktor suruh aku bersedia..
Kepala baby dah semakin nampak..
Berbekalkan pengalaman aku push sekuat hati..
Syukur dipermudahkan urusan bersalin kali nie..
Terdengarlah tangisan anak kedua aku..
Diletakkan bayi atasbadan aku..
Kecil bebenar bayi aku nie..
Tak kisahlah janji semuanya selamat..
Amin..!!

2.34kg,itulah berat bayi kedua aku..
Eky ,2.64kg..
Lahir jam 1.40 tengahari..
Kecil saja anak-anak aku semasa dilahirkan..
Lebih kurang sama saja kelahiran mereka...
Tapi Alhamdullilah kedua-duanya secara normal..

Pengalaman bersalin setiap anak adalah berbeda..
Namun yang kedua nielah yang paling banyak dugaan..
Sampaikan kena ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan..
Muntah yang teruk semasa 3 bulan kehamilan..
Dengan tak laratnya mau bangun pagi..
Berkatnya Allah memudahkan proses bersalin..
Syukur sangat-sangat..

Raiqa genap 5 bulan usianya..
Sudah pandai meniarap..
Boleh diajak main..
Paling suka bila diagah..
Terus menjerit dan ketawa..
Panggilan Eky kepada Raiqa adalah "Adik"..
Riuh rumah aku bila 2 beradik tue bermain..
Seronok yang tidak terbilanglah..

Sepasang sudah anak aku..
Kegembiraan berganda sempena Hari Raya nie..
Hadiah yang tak ternilai bagi kami suami isteri..
Sasaran 2 anak sebelum masuk usia 30 tahun dah tercapai..
Semestinya cabaran membesarkan mereka sedang menanti..

Jangan tanya bila aku mahu tambah lagi..
Rasanya cukuplah dengan apa yang ada kini :)..



Notakaki : Kemeriahan Aidilfitri masih terasa..Tiap-tiap minggu ada saja jemputan..Makanya,kita tutup dapur..!!






Tiada ulasan: