Rabu, 4 September 2013

Perihal Harga Minyak Naik..!!



Okie,RON95 naik sebanyak 0.20 sen..
Ramai yang marah tindakan kerajaan nie..
Dalam FB beribu-ribu komen dilemparkan..
Ada yang menyokong begitu juga yang membangkang..
Bila minyak naik sudah tentu harga barangan lain akan naik juga..
Biasalah tue kan..

Bersahaja aku menerima berita ini..
Tiada sedikit rasa terkejut mahupun terkesima..
Sebab dapat agak benda ini akan terjadi lebih-lebih lagi selepas PRU-13..
Katanya ini akan dapat mengurangkan subsidi kerajaan..
Entahlah bab ekonomi aku sangat "fail"..

Dengan kos hidup yang tinggi rasionalnya kenalah berjimat cermat..
Macam aku taklah terasa sangat sebab pergi kerja naik motosikal..
Lagipun company tempat Wan bekerja ada sediakan kad MESRA percuma untuk isi minyak..
Jadi bolehlah cover mana yang patut..
Walaupun ada kad percuma tak pernah rasa mahu bawa kereta..
Sebab munasab utama tak sanggup tempuh jem..
Kalau waktu hujan lagilah parah..
Aku akui naik motosikal memang ada risiko..
Tapi aku fikir yang baik-baik saja..
Baju kalis hujan memang sudah sedia dalam box..
Jika Wan out-station apa susah bas kan ada..
Kita gunakan kemudahan awam yang disediakan,hahaha...

Tahun lepas aku dan Wan telah buat keputusan yang besar dalam memaksimumkan perbelanjaan isi rumah kami..
Di mana kami telah menjual kereta arwah Ayah..
Kemudian, membeli kereta baru yang lebih selesa dan fleksibel untuk kegunaan kami sekeluarga..
Paling penting ianya harus tidak membebankan membayar ansuran setiap bulan..
Memiliki satu motosikal dan satu kereta sudah cukup bagi kami..
Lega sebab hutang motosikal sudah selesai..
Tumpuan bajet kini hanya untuk kereta dan rumah saja..
Sekurang-kurangnya ada jugalah aset untuk hari kemudian kelak..:)

Tidaklah senang mana hidup kami nie..
Dari awal kahwin sampailah ada 2 anak pembahagian bil tetap sama..
Aku cuma keluarkan duit untuk beli barang dapur dan baju bajan anak..
Lainnya Wan yang uruskan..
Kalau mahu bercuti persiapan awal harus buat..
Kami mempratikkan konsep "mini tabung percutian"..
Simpan dan kumpul sebanyak mana yang mampu..

Bab perbelanjaan kena berbincang..
Mana-mana yang boleh dibantu suami kita bantulah..
Janganlah letakkan semua beban kat bahu dia..
Barulah terasa nikmatnya hidup berumah tangga..
Tapi bila kesenangan itu datang jangan lupa waktu kecemasan..
Itu memang aku selalu titipkan dalam ingatan..
Ujian rumahtangga nie banyak pancarobanya..
Bersedialah dari sekarang..!

Hidup di bandar besar terutamanya KL memang memang semuanya memerlukan duit..
Usah berlagak kaya jika sedar diri tidak mampu..
Ukur baju di badan sendiri..
Merungut sangat pun tidak elok juga..
Amalkan konsep bersederhana dalam hidup..
Biarkan Pak Menteri dengan labu-labunya..
Melalak melolong pun tiada gunanya..
Marilah kita lebih berusaha untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga..
Itu lebih utama..
Setuju..!!


Notakaki : Minggu terakhir Syawal masih menerima jemputan makan-makan..Habislah diet aku..!!




Tiada ulasan: