Jumaat, 16 Ogos 2013

Malas Sungguh Nak Kerja..!!


Semalam masuk kerja terus lemau ye..
Penat berjalan ke sana sini masih terasa..
Balik dari Pangkor terus mendobi baju anak-anak..
Aduh..baru 2 anak banyak juga baju-baju mereka nie..
Baju aku dan Wan masih tersadai dalam mesin basuh..
Target malam nie harus setelkan..
Esok mahu tidak mahu baju-baju budak berdua tue kena lipat..
Jemputan raya di rumah ipar,biras dan pakcik makcik bertalu-talu diterima..
Yang seronoknya bilamana pergi beramai-ramai..
Keluarga Wan memang ramai..
Bayangkan dengan 10 orang beradik..
Ditambah dengan 25 anak buah..
Sungguh meriah..

Minggu ni giliran kak long dan kak ngah..
Then,diikuti giliran adik beradik yang lain..
Open house untuk adik beradik..
Makanan pun ala ringkas saja..
Bila tiba giliran kami,aku selalunya akan masak mee atau bihun goreng..
Sesambil tue kuih raya as a pencuci mulut :)
Peluang yang ada digunakan untuk merapatkan lagi hubungan..
Maklumlah memasing sibuk..
Jadi waktu rayalah kesempatan ini diambil..

Hari nie sumpah memang aku tak larat..
Sebab malam tadi kami adik beradik lepak kat kedai Abah @ bapa mertua aku..
Ada kejutan sempena harijadinya yang ke-59..
Kelakar bila tengok muka Abah tatkala cucu-cucnya nyanyi lagu 'Allah selamatkan kamu..'
Habis makan terus pergi karaoke..
Abah pun join sekali..
Riuh rendah dengan gelak tawa anak menantu dan cucu-cucu tersayang..
Tergambar wajah gembira Abah..
Macam biasa kami suami isteri pun lepaskan gianlah..
Nyanyi sepuas-puasnya sambil mendokong anak..
So sweet ye..

Mujurlah malam tadi Eky dan Raiqa tak meragam..
Ekylah yang paling seronok..
Tak reti duduk diam..
Main lari-lari dengan sepupu-sepupu dia..
Bila dahaga baru cari Mama..
Balik-balik rumah terus melingkar kami 4 beranak..
Ada juga niat mahu EL..
Tapi fikirkan hari nie Jumaat macam rugilah pula..
Gagahkan diri jugalah siap-siap dan terus bekerja..
Peace..!!!


Notakaki : Walaupun raya Pangkor tetap penuh dengan pelancong-pelancong yang dahagakan kenikmatan bercuti..


Tiada ulasan: