Jumaat, 2 Ogos 2013

Cerita Hari Jumaat..!!


Lepas bersalin memang fokus aku mahu kecilkan saiz badan..
Jadi masa dalam pantang aku ikutlah rule yang disyorkan..
Langkah pertama makan nasi sekali sehari..
Then,bila dah sebulan aku cuma ratah lauk saja..
Syukur tak menghadapi apa-apa masalah..
Hasil keluaran susu pun boleh tahan..

Berat terakhir sebelum bersalin adalah 73 kg..
Genap 44 hari aku timbang then angkanya 67kg..
Perkembangan yang positif dan aku gembira..
Mulai dari hari itu aku mulakan operasi hanya makan lauk dan tidak menyentuh nasi..
Banyak mengambil protein seperti ikan,ayam dan daging..
Dan sehingga kini sudah hampir 5 bulan perkara itu terjadi..

Aku setkan dalam otak jangan turun secara mendadak..
Biar perlahan-lahan tapi hasilnya nampak..
Terbaru,berat aku 59.5 kg..
Masih kena usaha lagi untuk dapatkan berat ideal iaitu 55 kg..
Kenapa lambat sebab aku belum mulakan aktiviti berjoging..
Lepas raya Insya-Allah aku akan lakukan..

Ada orang senang turun ada orang sebaliknya..
Namun untuk kurus bukan sesuatu yang mudah..
Kevin Zahri kata harus jaga pemakanan..
Kemudian,kena bersenam..
Tak kisahlah apa jenis pun asalkan keluarkan peluh sudah cukup..
Untuk permulaan aku bermula dari naik turun tangga di pejabat..
Aku lakukan secara santai untuk memberi ruang kepada otot bekerja..
No more stress :)

Pada aku untuk dapat apa yang kita mahu kena usaha..
Betul tak?
Bila sudah nampak hasil teruskan lagi..
Jangan berhenti terus..
Buat masa nie aku puas hati dengan impaknya..
Sebab baju lama sudah boleh sarung baik..
Yang mana dulu ketat kini tiada lagi..
Target aku mahu kekalkan saiz M sampai bila-bila..

Suplemen-suplemen lain telah lama aku tinggalkan..
Sebab rasanya tidak memberi apa-apa effect..
Inilah akibatnya jika terlalu percaya testimoni yang diberikan..
Akhirnya memakan diri..
Mungkin suplemen tersebut tidak sesuai untuk aku..
Maka hasilnya mendukacitakan..
Tak mengapalah anggaplah ianya sebagai cabaran..

Aku kurus bukan untuk menunjuk-nunjuk..
Jauh sekali meminta pujian..
Ini untuk kesihatan diri agar sentiasa cergas dan fit..
Maklumlah aku nie ada 2 orang anak kecil..
Jadi kenalah lebih bertenaga dan aktif..
Kalau boleh di usia muda nie aku mahu jaga kesihatan dengan sebaiknya..
Sejujurnya,aku tak suka sakit..
Ia membuatkan aku lagi malas,heheheh...
Tapi jika Allah mahu memberi sakit sapalah kita yang mampu menghalang..
Namun apa salahnya berusaha menjaganya..

Okie,persiapan raya aku sekeluarga sudah lengkap..
Baju anak beranak lelaki sudah ada..
Tak sabarnya nak tengok hero dan heroin aku memakai baju raya..
Terasa happening raya kali nie sebab cukup korum..
Kuih raya telah ditaja oleh emak..
Tak banyak pun cuma 3 jenis kuih saja..
Lagi 3 tue aku belilah nanti kerepek..
Buat syarat memeriahkan meja rumah aku..

Tahun nie tak tukar langsung langsir..
Tak ada masa ye..
Tapi sempatlah juga Wan catkan rumah masa aku pantang..
Ada jugalah perubahan..
Minggu nie kena tinggalkan Eky seharian bersama Opah..
Kami suami isteri mahu mengemas rumah..
Terutamanya tingkap dan kipas yang berkurun tidak dilapkan..
Kalau ada hero kecil satu keja pun tak jalan,kakakka..
Lepas tue harus kemaskan baju untuk balik ke kampung..
Buat awal-awal supaya tak kelam kabut..
Malam raya aku akan berkampung di rumah emak..
Kali nie emak rehat dan aku pula kena mengambil alih masak rendang ayam..
Ketupat aku beli yang ekspress dan rebus dalam rice cooker saja..
Lagi cepat kerja aku..

Duit raya dah tukar..
Peruntukkan sama seperti tahun lepas..
Anak buah aku bertambah seorang lagi..
Menjadikan 25 sampul surat khas untuk harus disediakan..
Begitu juga dengan emak dan 2 orang adik aku..
Untuk aku sudah semestinyalah Wan yang akan bagi,hahahah..

Itulah cerita dongeng aku di hari Jumaat ini..
Semoga kalian terhibur...

Wassalam.!



Notakaki : Malam nie mesti dah ada orang yang balik kampung...Berhati-hatilah ye..!!




Tiada ulasan: