Isnin, 19 Ogos 2013

Pek Sungguh Hujung Minggu..!


Seperti biasa hujung minggu lepas memang padat..
Tak melekat langsung kat rumah..
Misalnya,hari Sabtu beraya di 3 buah rumah..
Percaya tak,keluar rumah seawal 10.00 pagi dan pulang 11.00 malam okie..
Mujurlah aku ada bawa baju budak berdua tue..
Bila dah ada anak 2 aku rasa lebih konfiden nak bawa ke mana-mana..
Dengan syarat siapkan segala keperluan mereka secukupnya..
Barulah hati riang keluar beraya..

Kami pergi bukan untuk makan semata-mata..
Setiap rumah selalunya kami akan luangkan masa 2-3 jam begitulah..
Lebih santai,relax dan tidak terkejar-kejar..
Selalunya Wan dan aku akan berbincang dahulu..

SABTU

Rumah pertama kami singgah adalah rumah emak saudara aku..
Temankan emak beraya..
Majlis bermula lepas zohor tapi jam 11.00 pagi kami dah terpacak depan pintu..
Tapi mujurlah tuan rumah terima kedatangan kami dengan senyuman..
Ketika itu hidangan utama sudah tersedia..
Jadi kita makanlah apa yang ada...:)
Lama tak lama jugalah kat sana..
Bagi peluang kepada emak bersembang dengan adiknya..


Selepas hantar emak pulang,kami teruskan pengembaraan di rumah kak long Wan..
Menu adalah ketupat dan sambal ikan bilis..
Walaupun ringkas tapi i like it..
Sempat jugalah lelapkan mata sebelum ke Bukit Beruntung..
Destinasi terakhir ke rumah abang no.5 Wan..
Jalan agak sesak tapi masih berjalan lancar..
Maka dalam jam 6.00 petang begitu tibalah jua..
Terus mandikan Raiqa sebab dia nak sambung tidur..
Eky pula di mana ada budak-budak seangkatan dia akan join main..
Oleh kerana ini rumah terakhir maka lama jugalah bersidai kat sana..
Pakej makan petang dan makan malam sekali..
Kenyang sampaikan tak terkata-kata..
Borak punya borak sampai tak sedar dah pukul 10.00 malam..
Maka meminta dirilah kami untuk pulang ke pangkal jalan rumah..

AHAD

Terlajak tidur sampai jam 9.00 pagi..
Terus kejutkan Wan dan anak-anak..
Ada misi penting yang harus diselesaikan..
Sebelum ke Tesco Ampang singgah di rumah kakak no.2 Wan..
Beraya sambil menziarahi anak kak ngah yang baru keluar wad..
Sudah pesan awal-awal jangan masak apapun..
Tak mahulah menyusahkan kak ngah..
Faham dengan situasi dia..
Ingatkan Tesco ramailah orang..
Tapi sangkaan aku meleset..
Sambil memilih barang dapur Wan layanlah Eky main dalam playground..
Nasib baik Raiqa waktu tue tengah tidur..
Maka dapatlah aku memilih dan membeli dengan aman..


Sampai rumah emak terus asingkan bahan-bahan untuk buat mee kari..
Sediakan bahan-bahannya dahulu..
Sebab ada satu jemputan yang wajib dipenuhi..
Pengasuh Raiqa ada buat makan-makan..
Jadi,tak patutlah kalau tak pergi kan..
Banyak juga Eky makan..
Letak nasi+ayam masak merah licin satu pinggan..
Maklumlah penat main playground..

Sebelum pulang jemputlah juga emak angkat Raiqa datang rumah Opahnya..
Walau penat macamana pun misi masak mee kari harus diteruskan..
Malam tadi emak adalah panggil kawan-kawan dia datang rumah..
Kerana kasihankan emak,aku secara sukarela mahu masak mee kari..
Memang tak pernah buat pun..
Tapi semalam emak pantau okie..
Bila kari dah menjadi aku minta emak rasa..
Mana yang terkurang tangan emaklah yang menyedapkannya..


Inilah hasil mee kari aku semalam..
Agar-agar lumut adalah buatan emak..
Alhamdullilah tercapai impian juga..
Saja mahu kasi test market orang lain rasa..
Tak buat banyak..
Sebab emak jemput dalam 5 orang kawannya..
Respon Wan sangat menggembirakan..
Terima kasih emak sebab sudi bagi peluang..


Tiada ulasan: