Isnin, 5 Ogos 2013

Feel Hari Raya..!


Penat gila kemas rumah walaupun hanya cuci tingkap dan lap kipas..
Dah lama tak bersenam macam nielah..
Lepas raya kena jugalah berlari..
Kembalikan stamina seperti dulu..
Chile..

Okie misi mencantikkan rumah berjaya terlaksana..
Kuih raya telah pun diisi..
Paling penting baju-baju satu keluarga siap di-packing..
Nampak saja mudah tapi pening kepala juga terutama bab baju anak-anak..
Bebudak punya baju kena bawa lebih sikit..
Mama dan Babahnya senang sangat..

Teruja bilamana nak raya nie..
Walaupun raya di KL,i dont mind..
Raya di mana-mana pun sama..
Yang penting bagaimana ianya disambut..
Aku nie sejak dah ada 2 orang anak sibuk bebenar..
Sampaikan Wan nasihat jangan buat kerja rumah teruk sangat..
Bayangkanlah satu hari suntuk aku kat dapur..
Masak untuk berbuka..
Bawa turun pinggang mangkuk dan gelas untuk digunakan masa raya..
Then,cuci mana-mana yang berhabuk..
Malamnya lap hingga bersih
Akhir sekali,susunkan di tempat yang senang dicapai..
Tapi jujurlah memang seronok buat aktiviti setahun sekali nie..
Barulah terasa suasana raya tue..

Aku masih bekerja sampai Rabu nie..
Esok dan lusa Eky akan ikut aku ke pejabat..
Pengasuh Raiqa sudah mula bercuti esok..
Jadi,Emaklah yang kena jaga Raiqa..:)
Orang tak ada kampung beginilah..
Tak ada apa yang perlu dikelam kabutkan..
Ikut rancangan seperti tahun-tahun sebelumnya..

Paling tak sabar adalah mahu ke PANGKOR..
Em..memenuhi kalendar percutian yang ada..
Smile..:)



Notakaki : Pecah rekod semalam dimana lepas berbuka adik bongsu belanja Dominos Pizza..Ditambah dengan durian sebagai pencuci mulut..!!



Tiada ulasan: