Rabu, 21 Ogos 2013

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 01


Liat gila nak bangun pagi hari kedua di TDR..
Dingin dan sejuk satu badan aku..
Memang tepat pilihan kami menginap di resort nie..
Mirip suasana kampung betul.
Anak-anak dan emak tidur dengan lenanya..

Benda pertama yang kami lakukan adalah bersarapan..
Dapat voucher untuk 4 orang..
Syukur sebab ramai yang tak turun makan lagi..
Jadi bolehlah bersarapan dengan tenteram..

Eky bila nampak kolam renang apa lagi,terkinja-kinjalah..
Maka,Wan temankan Eky..
Manakala aku dan emak balik ke resort..
Bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya..

Kami sepakat untuk berjalan-jalan di sekitar Pangkor..
Takkan mahu memerap dalam resort saja..
Bosanlah nanti..
Di sini ada perkhidmatan teksi aka van bagi mereka yang ingin bersiar..
Caj yang dikenakan adalah RM70.00..
Kalau 10 orang maka harganya RM10.00 seorang..
Tapi kebanyakkan lebih suka pergi dengan keluarga sendiri dari berkongsi satu van..
Okie,kita setuju saja sebab bukan selalu datang kan..?







~KILANG SATE~

Pelbagai makanan laut di jual di sini..
Rambang mata nak buat pilihan..
Harga masih boleh diterimalah..
Tapi tak bestnya kilang ini milik kaum Cina..
Jadi haruslah lebih berhati-hati..
Gigih aku baca labelnya dengan teliti..
Faham-fahamlah kan..






~TAMAN FU LIN~

Majoriti penduduk kampung di sini adalah bangsa Cina..
Tempat yang pemandu pelancong bawa bangunan ini..
Senang cerita ianya adalah sebuah kuil..
Tak ada apa yang menarik pun cuma kehadiran ikan naga membuatkan ramai orang ke sini..
Warna ikan tersebut seakan-akan putih keemasan..
Ada lagi yang besar tapi tak sempat pula nak captured..
Sepanjang deretan terdapat kedai cenderamata..
Tapi kami tak beli pun kecuali topi Upin Ipin..
Eky bila nampak saja karektor kartun kesayangannya tu terus letak kat kepala..
Apa lagi bayar jelah,hahahah..





* GALERI PANGKOR

Damai hati tatkala melangkah masuk terdengar bacaan Surah Yassin..
Galeri ini memaparkan sejarah asal wujudnya Pangkor..
Aku baca sikit-sikit saja..
Sekadar menambah pengetahuan..











~KOTA BELANDA~

Ini adalah tempat tinggalan semasa Belanja menjajah..
Ada terowong rahsia tapi kerajaan negeri dah tutup..
Tak bagi pelancong masuk..
Sebab terdapat unsur khurafat..
Kata pemandu pelancong,ada yang datang untuk mencuba nasib menilik nombor..
Oh..syirik tue..Berdosa..!







Kami singgah makan di Teluk Nipah..
Sebelum itu,pemandu pelancong membawa kami bersiar-siar sekitar pulau..
Agak besar juga pulau ini..
Banyak pembangunan dan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri..
Baguslah tue kan..
Untuk pengetahuan,Menteri Besar Peraksekarang asalnya dari Pangkor..

Ramah tamah juga pemandu pelancong kami..
Ke mana saja kami mahu pergi dia bawa..
Tak terikat langsung dengan masa yang diperuntukkan..





Nampak katil apalagi kita rehatkan badanlah..
Sambung nanti ye..

Tiada ulasan: