Selasa, 20 Ogos 2013

Cuti-Cuti Raya : Pulau Pangkor 00


Raya keempat ditemani emak,aku sekeluarga telah bercuti di Pulau Pangkor..
2  adik aku tak dapat ikut sebab kerja..
Kami berkampung di sana selama 3 hari 2 malam..
Dan resort yang kami menginap adalah di TELUK DALAM RESORT (TDR)..
Ingatkan tak ramai tapi bila sampai jeti Lumut terkejut aku..
Semua bangsa ada termasuk pelancong asing..
Semestinya niat mereka sama seperi aku mahu menghabiskan sisa cuti sendiri+cuti sekolah dengan sebaiknya..

Sampai jeti terus ke kaunter feri..
Untuk maklumat TDR merupakan resort pensendirian..
Jadi bila selesai bayar tambang feri mereka akan terus ambilkan beg dan tag nama..
Feri yang akan dinaiki tidak bercampur dengan penumpang lain..
Dan bila tiba di jeti Pulau Pangkor ada pula van yang sedia menanti..
Senang dan mudah..








Tak jauh pun TDR dari jeti Pangkor..
Tapi sepanjang jalan memang dirasakan suasana kampung..
Sampai saja terus dihidangkan "welcome drink" iaitu air sirap selasih..
Meluru ke kaunter untuk seisi check in..





Kami memilih Cempaka Bungalow (Garden View)
Dalam rumah nie ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..
Memang luas dan selesa habislah..
Mahu bawa emak jalan-jalan haruslah bagi yang terbaik..
Emak suka kami pun suka..
Chill....!








Tunggu cuaca redup baru boleh pergi berenang..
Kasi anak-anak dan emak rehat dahulu..
Mujurlah aku bawa meegi..
Jadi itulah makanan untuk alas perut..
Aktiviti yang ditunggu Eky adalah ke swimming pool..
Maka marilah kita tengok aksi-aksi hero kecil aku tue..












Pulang ke resort untuk bersihkan diri..
Jam 8.00 malam terus ke Sekampung Cafe untuk makan malam..
Satu kepala RM30.00 ye..
Terima kasih kepada suami belanja..
Bukan selalu buat bakti begini katanya,hahahha..
Bab makan aku memang no komenlah..
Janji kenyang sudah..






Usai makan kami lepak-lepak kat lobi hotel..
Awal lagi mahu tidur..
paling suka tentulah Eky..
Berlari-lari sambil ketawa..
Gembira tengok aksinya..
Sambil-sambil tue dapatlah captured beberapa foto untuk dijadikan memori..









Lengkap siri cerita hari pertama di TDR..
Balik resort apa lagi JOM KITA BERADU...
Sekian..:)

Tiada ulasan: