Jumaat, 16 Ogos 2013

Kisah Raya Yang Biasa



Foto Hari Raya edisi 2013 aku sekeluarga..
Tahun nie rasa gembira sebab cukup korum keluarga kami..
Alhamdullilah dapat merasa beraya berpasangan..

Warna tema adalah BIRU..
Cuma baju kurung Raiqa agak lain sikit..
Tak jumpa warna yang sedondon..
Aku mengenakan long dress untuk raya kali nie..
Bertukar angin..
Cadangnya nak pakai peplum..
Tapi tak jumpalah pula warna tema..
Ini pun baju saat-saat akhir aku beli..

Raya kami bermula setelah Wan balik solat..
Terus diadakan seisi bergambar..
Then,sesi bermaaf-maafan mengambil tempat..
Entah macamana bila giliran aku minta ampun kat Emak,termenangis pula..
Sebak tak tentu pasal..
Mungkin mengenangkan pengorbanan Emak jaga Eky dan ketika aku berpantang dulu..
Memang tidak akan terbalas jasa Emak sampai akhir hayat..
Begitu juga masa bersalaman dengan suami tersayang,Encik Ridzuan..
Panjang bebenar ucapan maaf  sampai tersedu-sedan..
Jujurlah sepanjang awal mengandung  membawa ke akhir kehamilan aku memang agak emosi sikit..
Asyik nak marah saja..
Tapi mujurlah Wan bersabar sepanjang tempoh tue..
Banyak perkara yang dia bantu terutamanya bab jaga anak..
Spechless okie..

Sebelum pulang ke kampung kami makan-makan dulu..
Menjadi rendang ayam buatan tangan aku..
Lemang aku beli saja..
Sepanjang perjalanan tak ada langsung kesesakan..
1 jam 30 minit terpacaklah kami di laman desa nan permai..
Singgah ke pusara arwah ayah..
Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun ayah pergi mengadap Illahi..
Kami sentiasa rindukan ayah..
Semoga roh ayah dikalangan mereka yang beriman..
Amin!

Jam 5.00 petang bermulalah pengembaraan beraya keluarga aku dan makcik aku..
Beliau adalah adik bongsu arwah ayah aku yang kami semua panggil BUSU..
Kalau balik kampung Busu akan telefon aku..
Katanya balik ramai-ramai baru meriah..
3 hari 2 malam di kampung aktiviti kami adalah berjalan..
Pergi menziarahi sanak saudara arwah ayah yang rapat..


Eky dan Raiqa sudah semstinya menjadi tumpuan..
Terutamanya hero kecil aku..
Rata-rata geram dengan susuk tubuh dia..
Sentiasa kena gomol..
Walaupun masih belum faham makna raya,Eky tetap gembira..
Maklumlah ramai yang melayan dia..
Main dan main sepanjang berada di sana..

Bila ada anak kecil yang sedang membesar,usah haraplah dapat berlama-lama menikmati juadah..
Baik aku dan Wan hanya makan sekadar mengalas perut saja..
Namun kemeriahan Hari Raya tetap kami rasai..
Apa yang tuan rumah hidangkan kami terima dengan hati yang lapang..
Saudara mara arwah ayah memang prihatin dan ramah..
Banyak benda yang kami bualkan..
Orang jarang balik kampung haruslah begitu..
Inilah masa yang sesuai untuk merapatkan ukhuwah yang sedia terjalin..
Betul tak..?


Secara personal,Hari Raya adalah keraian yang aku nanti-nantikan..
Selain menziarahi,dapatlah meluangkan masa dengan keluarga..
Melihat anak gembira sudah cukup membahagiakan..
Masa sangat cepat berlalu..
Jadi dengan kesempatan yang ada tak salah gunakan sebaik mungkinkan..

Perjalanan raya kami di kampung sudah selesai..
Kini ianya akan diteruskan di KL pula..
Raya kan sebulan :)


Notakaki : Raya dimana-mana pun sama..Janji gumbira!

Tiada ulasan: