Isnin, 13 Ogos 2012

usah dengar cakap orang!!!


ada juga kawan-kawan bertanya mampukah menjaga 2 orang anak sekaligus...
yelah,ra'if rifqi sedang melasak...
tentu pelbagai kerenahnya yang terkadang boleh menimbulkan marah...
akal pula semakin panjang...
ada saja tingkah lakunya yang di luar jangkaan...
anak lelaki peel-nya lain berbanding anak perempuan...
malah ada juga yang berkata takut perhatian dan kasih sayang yang tertumpah pada ra'if rifqi akan berkurangan...
dengan memegang 3 gelaran sekaligus kredibiliti aku dipersoal...


jawapan aku mudah setiap anak adalah pembawa rezeki...
memang kami merancang tapi tidaklah sampai harus berfikir banyakali untuk menambah ahli keluarga...
apa yang kami lakukan melalui kaedah perancangan sendiri...
tak perlulah aku terangkan lebih mendalam sebab umum sedia maklum...
cuma bilamana ra'if rifqi telah mencapai usia setahun...
kami sepakat untuk menimbang cahaya mata kedua...
maka datanglah kesediaan kami itu secara spontan...
dengan umur yang sedang-sedang elok,kesihatan yang baik dan dianugerahkan kudrat yang sihat aku rasa tiada salahnya ke arah itu...
jika niat kita baik Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan...

cakap-cakap orang ketepikan dahulu...
bila ada yang memberi komen yang macam-macam senyumkan saja...
tak usah dilawan atau dibantah...
pandangan manusia berbeda...
nasihat yang baik kita ambil...
sementara yang berunsur kurang elok buangkan saja...
yang penting kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri dan suami...
perkongsian hidup berkelamin menuntut kerjasama dari dua pihak...


Alhamdullilah perjalanan rumahtangga aku sangat bagus...
apa yang terjadi pada kemudian hari di luar kemampuan aku...
aku sentiasa berfikiran positif di mana titipkan rasa hormat dan kepercayaan...
ah,masakan dia pernah bertikam lidah,tersentuh rasa dan berkecil hati...
takkan yang indah-indah saja mahu dipertontonkan...
ya,memang ada berlaku...
dan itulah yang menambah rasa kemanisan rumahtangga...
banyak benda yang kita akan pelajari tatkala berlainan pendapat...
bila pasangan berbeza tingkah laku,minat dan kesukaan sedikit sebanyak ianya memeriahkan suasana...
gaduh adalah perkara normal sebenarnya...
selepas itu berlakulah adegan pujuk memujuk...
bukankah itu nikmat namanya???

aku yakin wan juga merasai apa yang aku rasakan...
mencipta bahagia itu memang mudah...
namun untuk mengekalkannya banyak cabaran dan dugaan...
privasi tetap ada cuma pandai-pandailah bahagiakan masa...
kemesraan masih lagi mampu aku cipta...
anggaplah pasangan kita untuk sebagai kawan...
kekalkan momentum hubungan seperti mula bercinta...
bahagia itu ada dalam diri masing-masing...
cuma terjemahannya lain pada setiap pasangan...

perihal orang baru yang akan muncul lagi 9 bulan...
diharapkan menambah lagi keceriaan kami sekeluarga...
dari segi mental dan fizikal boleh dikatakan bersedia...
percayalah tidak akan kurang rasa sayang terhadap ra'if rifqi...
meskipun hadirnya 'kawan barunya' nanti...

moga-moga baiklah semuanya ye!!!

Tiada ulasan: