Isnin, 6 Ogos 2012

biasa-biasa saja raya kali ini!!!


hari ini sampailah rabu aku tutup dapur...
sebab ada jemputan makan-makan di luar...
iqi akan aku bawa sekali...
murah rezeki kami sekeluarga...
hasil perbincangan dengan wan kami sepakat untuk beraya di kampung arwah ayah...
makcik aku,busu sekeluarga pun akan menyusul sama...
itupun balik petang hari raya pertama...
akan berkampung hingga hari selasa...
baki cuti yang ada kami bercadang ke ipoh...
melihat keadaan rumah yang dibeli wan...
tidur singgah di rumah bapa saudara wan...
esoknya akan pulang ke kuala lumpur...
dan bermulalah ekspedisi beraya di rumah saudara mara yang terdekat...

pagi raya akan ke ampang untuk menziarahi pusara arwah ibu kandung wan...
selalunya wan dan adik beradiknya akan ke sana sebelum subuh...
selesai solat hari raya terus ke rumah bapa mertua...
sesi bermaaf-maafan bermula dari adik beradik wan hinggalah ke cucu...
luangkan masa sekurang-kurang 3 atau 4 jam dan kemudian pulanglah adik beradik menuju destinasi masing-masing...

untuk tahun ini raya sebelah aku agak sederhana...
rasa sedih kehilangan arwah ayah masih terasa...
mood untuk berhari raya agak kurang kemeriahan berbanding tahun lepas...
kuih raya pun kami beli dalam 5 jenis saja...
selebihnya hanya kerepek...
aku akan berkumpul di rumah emak pada malam rayanya...
membantu masak apa yang perlu...
bila bercakap soal raya arwah ayahlah yang paling sibuk...
kali ini agak suram sedikit...
dan yang pasti akan ada air mata yang berlinang tatkala di pagi syawal...

boleh aku simpulkan ini raya yang paling ringkas untuk aku,wan,iqi,emak,angah syu dan ucu...
namun aku mengharapkan raya kali ini memberi satu penghidupan baru untuk aku sekeluarga...
Insya-Allah...
apa yang penting aku dan wan seboleh-bolehnya mahu iqi gembira berhari raya...
maklumlah ini tahun pertama dia merasainya...


notakaki:bertalu-talu ucapan tahniah diterima di handphone...doakan yang terbaik ye kawan-kawan!!!

Tiada ulasan: