Selasa, 14 Ogos 2012

raya saja dalam fikiran!!!


Insya-Allah selepas maghrib esok aku dan wan akan ke jalan tar...
harap-harap dapatlah beli baju kurung raya yang diingini...
memandangkan perut aku masih belum kelihatan lagi...
jadi bolehlah aku sarung baju kurung moden nanti,hehehhehe...

tinggal 5 hari baki untuk membuat persiapan raya...
syukur semuanya mengikut perancangan...
duit raya telah selamat masuk dalam sampul...
kuih raya berjaya dimasukkan di dalam bekasnya...
terima kasih kepada sang suami kerana membantu meringankan kerja...
mood kerja makin lama semakin merudum...
almaklumlah kali ini dapat merasa beraya bertiga secara lengkap...
tahun lepas tak berapa best sebab ra'if rifqi baru berusia 3 bulan...
mahu dibawa berjalan pun tak berapa berani...
pergi menziarahi sanak saudara yang terdekat sajalah...
kini bila dia sudah berjalan barulah berkobar-kobar mahu sambut raya...

bercakap pasal raya,plan asal adalah ke rumah bapa mertua terlebih dahulu...
lepak-lepak sambil makan dan beramah mesra bersama ipar duai...
tengahari sikit barulah ke rumah emak
selepas makan berangkatlah aku,wan,hero kecil,emak,angah dan ucu ke kampung arwah ayah di melaka...
itulah senang jika kampung satu kapal...
kata sepakat mudah dicapai...
tiada istilah penggiliran...
sampai selasa kami di sana...
banyak agenda yang telah aku aturkan...
sudah semestinya yang paling syahdu bilamana menziarahi pusara arwah...
sebak di hati hanya Tuhan yang tahu...
semoga arwah ayah tenang di alam sana...
Amin!!!

balik ke kuala lumpur pada rabu...
rehat-rehat melepaskan lelah dan penat...
khamis terus pecut ke ipoh...
tengok rumah kami yang telah siap itu...
cuma kunci saja yang belum dapat...
sambil-sambil itu merondalah di rumah sanak saudara sebelah wan...
menumpanglah tidur kami 3 beranak di rumah pak ngah salleh...
jumaat malam kami akan bertolak pulang ke kl...
sabtu dan ahad masih belum ada aktiviti...
mungkin akan menziarahi ke rumah keluarga terdekat...
dan besar harapan aku agar ra'if rifqi berkeadaan sihat sejahtera...
kita hanya merancang selebihnya aku serahkan pada Illahi...


notakaki:emak baru telefon kirim beli kerepek...okielah emak,anakmu menurut perintah!!!

Tiada ulasan: