Rabu, 29 Ogos 2012

back to normall!!!


masih lagi dalam mood rayakan?
walaupun sudah kembali ke pejabat namun kemeriahan tetap terasa...
gambar raya masih belum ditransfer lagi...
sibuk memenuhi undangan rumah terbuka...
pulang saja ke rumah terus nampak bulan dan bintang...
begitulah yang berlaku hujung minggu lepas...
orang datang rumah haruslah dilayan...
masaklah mihun atau mee goreng bagi santapan mereka...
kira okielah tue!!!

sementelaah wan dalam bercuti ini dapatlah pergi dan balik kerja dijemput...
merasalah tengok wayang selepas waktu kerja hari isnin itu...
seperti biasa cuti 3 hari ini jadual padat...
ada saja kaum keluarga dan teman-teman yang mengajak ke rumah mereka...
walaupun penat tapi aku gagahkan diri jua...
maklumlah setahun sekali...
bermakna dapur pun bercuti juga,hahahha...

Alhamdulillah sejak berbadan dua ini kesihatan aku amat baik sekali...
loya-loya pun tiada...
pening tue adalah cuma masih boleh dikawal...
berbeza sungguh semasa mengandungkan ra'if rifqi...
em...semalam ada sedikit kegemparan yang berlaku ke atas diri aku...
dimana sewaktu mandi didapati terdapat tompokan darah...
lalu aku beritahu kepada wan...
dan serta merta kami ke klinik kesihatan desa pandan...
terus ke kaunter pendaftan dan dalam 5 minit nama aku dipanggil...
doktor suruh baring...
diambilnya darah aku dan kemudian ujian air kencing dilakukan...
maka patuhlah aku dengan arahan itu...
kata wan,aku nampak relaks dan begitu tenang...
langsung tiada rasa cuak...
entahlah sejak mengetahui yang mengandung kali kedua begitulah aku...
fikiran kosong dan paling penting aku terima berita ini dengan rasa syukur yang melimpah ruah...
ada hikmah yang tersirat yang aku sendiri sukar jelaskan...

1 jam keputusan ujian baru diperolehi...
perut pun belum terisi lagi maka kami pun pergilah bersarapan...
sembang-sembang angin lalu...
nampak saja muka aku terus jururawat panggil jumpa doktor...
syukur semuanya baik-baik saja...
tiada apa masalah pun cuma doktor menasihatkan agar supaya tidak terlalu aktif...
dikhuatiri akan membahayakan diri dan kandungan...
banyak rehat dan minum air masak...
adalah dibekalkan beberapa ubat...

pulang ke rumah terus tidur...
tugas memasak,mengemas rumah,basuh baju dan menjaga ra'if rifqi semuanya dilakukan oleh encik ridzuan...
hari ini rasa lapang kepala otak dan diharapkan hari-hari seterusnya begitu jugala ye...:)


notakaki:entry mengenai raya akan menyusul bila ada kelapangan okie!!



Tiada ulasan: