Rabu, 1 Ogos 2012

kesediaan untuk menambah ahli keluarga!!!


okie,aku sudah bersedia untuk mengandung sekali lagi...
malas hendak bertangguh-tangguh lagi...
sedang kudrat masih kuat dan sihat inilah masa yang sesuai...
umur pun sedang-sedang elok untuk ke arah itu...
kata sepakat telah dicapai di mana wan pun bersetuju...
sasaran aku adalah sebelum umur 30 tahun sekurang-kurangnya ada 2 anak...
namun aku telah ingatkan diri sendiri agar tidak menaruh harapan yang tinggi...
kita hanya merancang tapi kuasa Allah mengatasi segalanya...

sejak bersalin memang aku tidak pernah makan apa-apa pil perancang...
kami merancang secara "natural"...
aku memang tidak percaya konsep memakan ubat tradisional atau pil perancang...
walaupun aku jenis sedang melekat tapi syukur setakat ini kaedah "merancang" kami menjadi,hehehhehe...
dahulu adalah juga aku makan MAAJUN ANGGUN BESTARI...
kesudahannya belum cukup 3 hari aku berhenti makan...
sebabnya asyik ke tandas saja...
setiap kali makan pasti perut aku meragam...
sakitnya hanya Tuhan yang tahu...
tak sanggup rasanya menahan kesakitan yang sedemikian ye...

aku lebih rela menjaga kesihatan dengan kaedah yang semulajadi...
paling penting ianya sihat dan mendatangkan manfaat buat diri aku...
kesihatan adalan benda nombor satu aku titikberatkan...
sebab itu bila menyentuh hal makan aku akan jaga...

aku mengikut pola pemakanan yang telah dicadangkan pakar pemakanan...
masih lagi menikmati hidangan tapi melalui cara yang sederhana...
seboleh-bolehnya nasi tidak mahu aku sentuh waktu bekerja...
hujung minggu haruslah makan sebab ianya hari bersama keluarga...
namun tetap ada sekatan...
orang yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat penyakit...
inikan pula bagi yang tidak menjaga...
pada aku eloklah menjaga dari mengubatinya...
aku benci pada ubat dan apa pil-pil...
jika boleh dalam usia yang begini tidaklah mahu mendapat penyakit...
hospital merupakan tempat yang paling aku tak suka... fikir-fikirkanlah!!!

berbalik pada hal mengandung...
jumlah anak yang diingkan adalah 3 orang...
tapi kalau 2 orang pun sudah memadai bagi kami...
semoga impian itu menjadi realiti...
malas mahu bercakap banyak tentang hal ini...
dikhuatiri bila terlalu tinggi cita-cita takut tak kesampaian...
makanya usaha kena dipertingkatkan...
dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa...

setakat ini segala tumpuan tertumpah untuk hero kecil...
oh...memang seronok menjadi mama...
melihat dia membesar di hadapan mata sesuatu yang istimewa...
pendek cerita,segalanya yang indah-indah belaka:)

Tiada ulasan: