Isnin, 13 Ogos 2012

memaksimumkan masa yang ada!!!

2 hari cuti memang aku dan wan manfaatkan habis...
bermula sabtu kami mencuci tingkap,bekas letak kuih raya,tukar cadar katil yang  baru dan berkemas apa yang perlu...
semuanya dibuat secara bergilir-gilir...
Alhamdullilah berjaya diselesaikan sebelum petang...
dengan menu yang ringkas iaitu sardin pedas,telur dadar,sayur kangkung masak ikan masin dan daging goreng akhirnya licin dimakan oleh ketiga-tiga kami...

esoknya jam 2.00 petang terus ke kompleks membeli belah baru,KENANGA WHOLESALE CITY(KWC)  di jalan hang tuah...
ingatkan tak ramai orang rupanya sangkakan aku meleset...
payah benar mencari parking bila keadaan begini...
tapi mujurlah masih di tahap mampu bersabar...
apa yang menarik di sini adalah keluasan tempatnya...
dan setiap tingkat mempunyai kedai-kedai yang berlainan...
pilihan juga banyak...
terutamanya baju kanak-kanak...
rambang mata aku tatkala melihat baju untuk iqi...
apa lagi terus boronglah,hahahha....
jalan punya jalan ternampaklah baju melayu untuk wan...
maka setelah mencuba dan sesuai terus dibelinya...
ada baju yang menarik minat aku akan tetapi tiada warna yang dikehendaki...
senang betul mencari baju lelaki ini...
jadi sebagai pengubatnya aku rembat 3 pasang kasut...



okie harga baju di sini masih boleh dianggap munasabah...
terutama bagi baju kanak-kanak,jeans dan t-shirt...
banyak pilihan fesyen yang mampu dimiliki...
selepas ini bolehlah ke sini lagi...

nampaknya baju kurung untuk aku terpaksa dibeli di jalan tar...
sambil-sambil tue dapatlah beli kerepek...
rasanya persiapan raya aku hampir sempurna...
seperti yang aku cakapkan raya ini adalah yang sederhana buat kami sekeluarga...
yang paling dinanti adalah percutian di USS...


horrey!!!!



Tiada ulasan: