Jumaat, 13 Disember 2013

Weekend Come Again..!


As-salam..

Hari nie baru boleh tarik nafas dalam-dalam..
Bermula dari Isnin hingga semalam sibuk dengan Seminar Konservasi di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS)..
Peranan tak sebesar mana..
Cuma AJK Protokol saja..
Oklah,sekurang-kurangnya dapatlah kutip pengalaman baru..

Dalam sibuk-sibuk dapatlah juga luangkan masa masak malam tadi..
Itupun sebab Wan yang minta..
Teringin makan masakan isteri katanya,hahahha
Makanya semalam rajinkan diri ke dapur..



Satu untuk hidangan orang dewasa..
Dan satu lagi untuk anak-anak..
Alhamdullilah licin dimakan oleh mereka..
Gembira bukan kepalang aku tau..
Hilang segala kepenatan yang bersarang selama 4 hari nie..

Sepatutnya hari ini aku ada kursus di IPPTAR..
Penceramahnya adalah Ustaz Kazim..
Rugikan tak pergi..
Tapi apa nak buat..
Penyakit 'M' tiba-tiba menyerang aku pagi tadi..
Lagipun nak selesaikan tempahan makanan dan LO untuk mesyurat minggu depan..
Tengahari nanti mahu ke klinik..
Batuk tak surut-surut sejak minggu lepas..
Seksa menahan tekak yang perit nie..
Harap-harap dipermudahkan segala urusan..

Cuti tahunan aku masih berbaki 6 hari..
Niat memang nak ambil cuti hujung bulan nie..
Habiskan sampai tahun baru..
Dan bolehlah pergi jalan-jalan lagi..
Hooreeey..!!


Aku dah beli DVD Upin Ipin dalam 5 keping..
Jadi weekend ni bolehlah tengok sampai lebam..
Petangnya Wan cadang nak bawa anak-anak ke taman..
Setuju tanpa bantahan..


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YE!!

Tiada ulasan: