Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tinggal 2013..


2013 meninggalkan kenangan terindah yang takkan dilupakan..
Selamat bersalin anak kedua pada bulan Mac..
Dan lengkapkan salasilah keluarga kecil aku..
Syukur..

2013 juga membuka lembaran baru buat aku kerana dapat bertukar kerja di KL..
Alhamdullilah penantian selama 1 tahun 5 bulan termakbul jua..
Hampir 4 bulan di sini aku dapat memyesuaikan diri..
Tiada lagi kelam kabut di pagi hari..
Paling besh perjalanan hanya memakan masa 5 minit..
Banyak benda boleh dimanfaatkan terutama dengan anak-anak dan suami..


Rasa-rasanya 2013 yang bakal berlalu tiada kenangan yang pahit..
Rumahtangga yang dibina hampir 3 tahun berjalan dengan lancar..
Bertikam lidah kadangkala itu ada..
Tapi adatlah kan..
Namun semuanya itu mematangkan aku dalam melayari alam hidup berkelamin..
Dikurniakan suami yang memahami ,bertanggungjawab dan tidak banyak songeh sudah cukup memadai..
Masih dan akan terus belajar untuk menjadi ibu yang terbaik di alam fana..
Dan semoga kasih sayang kami suami isteri berkekalan hingga akhir nafas..



Diharapkan 2014 menjanjikan seribu kegembiraan,ketenangan dan kebahagiaan..
Tekad mahu lebih bersabar dengan karenah anak-anak..
Siri percutian akan diteruskan tapi dalam situasi berjimat,hahaha..
Marilah kita menyambut Tahun Baru ini dengan hati yang lapang..
Tingkatkan sifat mahmudah begitu jua dengan amal ibadat..
Semoga Allah memberkati hidup kita dan mempermudahkan segalanya..
Ameen..!!!

SELAMAT DATANG 2014..!!!






Tiada ulasan: