Selasa, 10 Disember 2013

Kisah Aku dan Wan..!!


Bila aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hati Wan..
Emak adalah orang yang paling terkejut..
Teringat reaksi muka dia bilamana hal ini aku khabarkan..
Terkejut habis..
Yelah,tak ada angin ribut tetiba ada orang nak masuk minang..

Masa dalam perkenalan baik aku dan Wan langsung tak pernah terfikir hala tuju hubungan kami..
Sebabnya,kami lebih kepada hubungan kawan..
Percaya atau tak,kami hanya jumpa di kedai makan kawasan rumah aku saja..
Tak ada istilah dating-dating ye..
Seingat akulah ketika itu aku sangat sibuk dengan hal kerja..
Wan pula jenis yang akan tanya khabar melalui sms saja..
Jarang sekali bercakap di telefon..
Dan situasi itu berlaku dalam tempoh 5 bulan..

Aku pun tak pasti bila berputik dalam taman ada bunga..
Ianya berlaku secara spontan..
Makin lama berkawan dapatlah aku kenal serba sedikit tentang Wan..
Dari situlah  aku belajar lah mengenai peel,perangai dan minat dia..
Dia satu-satunya kawan lelaki yang aku kira paling rapat..
Aku seperti biasa menjadi diri sendiri..
Tak ada sorok-sorok..
Rasanya lebih selesa begitu..
Tak perlu kontrol ayu sangat..



Namun aku akui agak senang berkawan dengan dia..
Orangnya pendiam dan tak banyak songeh..
Kadang-kadang dia lah tempat aku mengadu..
Tak kisah apa jenis rungutan dipinjamkan telinga untuk mendengar keluh kesah aku..
Makin kelamaan hubungan kami menjadi rapat..
Dari kawan naik taraf kepada couple..
Serius tak lama mana pun gelaran tue bertahan..
Bulan 1 tahun 2010 dia lamar aku..
Tak ada bunga atau coklat..
Waima ayat-ayat kiasan..
Direct terus cakap nak masuk meminang..
Hebatkan,kakakaka!!

Dipendekkan cerita,bulan 3 tahun 2010 kami bertunang..
7 bulan kemudian selamat bersatu menjadi suami isteri..
10/10/10 merupakan tarikh keramat yang takkan dilupakan..
Kalau Wan tak ingat juga tarikh nie tak tahulah nak cakap apa..
Dan bila dicongak tempoh perkenalan kami tak sampai setahun pun..
Kenapa aku pilih dia biarlah aku simpan dan jawapannnya hanya aku yang tahu,hahahha..


Ini dinamakan rahsia jodoh..
Allah Maha Mengetahui segalanya..
Serius tak pernah sangka akhirnya bertemu jodoh dengan orang KL jua..
Aku akui hidup berkelamin ada pasang surutnya..
Kadang-kadang ada juga tergigit lidah..
Berselisih faham adatlah kan..
Tapi kini bila dah ada anak malas nak gaduh lama-lama..
Diamkan diri dan biarkan ia kembali normal sedia kala..

Alhamdullilah 3 tahun hidup sebumbung semuanya okie je..
Banyak yang kami belajar tentang diri masing-masing..
Mana-mana yang tak baik aku buangkan jauh-jauh..
Sedaya upaya aku mahu menjadi isteri dan ibu yang terbaik bagi keluarga kecil aku..
Yang penting dia boleh terima aku seadanya..
Begitu juga dengan aku..

Harapan aku agar dipanjangkan jodoh kami sehingga akhir nafas..
Dapat membesarkan anak bersama-sama..
Menempuh suka duka tak kira masa susah ataupun senang..
Dan gembira melalui hari-hari mendatang dengan lebih bermakna lagi..
Ameen..!!




Tiada ulasan: