Selasa, 3 Disember 2013

Marilah Berjimat Seadanya..!!


Aduh nak mengeluh pun tak guna..
Lepas satu-satu barang naik..
Trend bilamana tamatnya PRU..
Apa yang boleh buat..
Kita pasrah dan mari mulakan langkah berjimat cermat..
Dan aircond pasang bilamana diperlukan saja..
Astro pun aku nak limitkan mana yang perlu..
Bukan tengok sangat pun..
Balik-balik cerita kartun..


Tengah anak-anak belum bersekolah nie aku akan buat simpanan untuk mereka..
Macam Eky aku dah bukakan akaun SSPN untuk dia..
Tolak melalui gaji..
Raiqa pula aku akan mulakan tahun hadapan..
Takpelah,kita simpan sikit-sikit..
In Shaa Allah kalau ada rezeki lebih simpanan akan dinaikkan..

Huh..hidup di KL memang tak boleh demand sangat..
Faham sangat corak kehidupan di bandar metropolitan..
Zaman sekarang adalah zaman duit..
Pergi ke mana-mana perlukan wang..
Pandai-pandailah kita memaksimumkan perbelanjaan isi rumah ye..
Duduk dengan Emak pun mana boleh bergoyang kaki..
Walaupun dia tak pernah minta..
Tangungjawab tetap tanggungjawab..
Bak kata pepatah,orang berbudi kita berbahasa..

Betul tak..?


Notakaki : Gambar tiada kena mengena dengan tajuk..Saja letak sebagai semangat dan pengubat tekanan..!

Tiada ulasan: