Rabu, 4 Disember 2013

C.I.N.T.A

Dalam hidup
Cinta boleh datang dan pergi
Ketawa kerananya
Senyum kerananya
Menangis semahunya
Sakit..!

Bermula dengan persahabatan
Demi sebuah impian
Tak salah untuk kita berkorban
Bila mana hati kita rapat
Menghadapi realiti..!

Sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
Kita tetap tak boleh buat penilaian
Terima seadanya..
Redha..!

Bermula dengan persahabatan
Bermula dengan hati
Angan dan mimpi
Mudah lemas bila cintanya lemah
Kita harus kuatkan hati
Percaya naluri..!!

Lafazkan AKU MAHUKAN DIA..!!

Tiada ulasan: