Isnin, 2 Disember 2013

Jom Heboh..!!


As-salam semua..


Oleh kerana setiap Sabtu Wan kerja..
Maka aktiviti santai beralih ke hari Ahad..
Kasi dia rehat secukupnya..
Jadi semalam seawal jam 11.30 pagi dah keluar rumah..
Plan mahu pergi Jom Heboh di Bukit Jalil..
Mujurlah parking senang..
Dan menapak pun tak jauh ke lokasi kejadian..
Sampai-sampai orang masih tak ramai lagi..
Banyak juga kedai-kedai yang jual pakaian,makanan,kasut,alat permainan dan sebagainya..
Harga amatlah murah..
Dapatlah rembat beberapa barang yang semuanya kami beli dengan harga RM10.00..


Boleh pula terserempak dengan biras..
Eky dan Raiqa bab berjalan-jalan memang tak ada masalah..
Dalam 2 jam juga kami lepak kat sana..
Sebelum balik kita isi perut dulu..

Sambung perjalanan ke AEON Maluri..
Cari kasut kerja Wan..
Aku tak tahu pula ada sale..
Mujurlah J-Card aku masih valid lagi..
Dapatlah beli sehelai baju untuk diri sendiri..
Dan keutamaan tentulah kepada anak-anak..



Walaupun penat tetap tersenyum..
Sebab dapat luangkan masa bersama suami dan anak-anak..
Terapi terbaik yang sangat awesome..

Setuju..!!

Tiada ulasan: