Rabu, 2 Oktober 2013

Rancangan Masa Depan..!



Awal-awal lagi aku dan Wan telah bincang..
Sebelum anak-anak sekolah perlu ada aset penting seperti rumah dan kereta..
Biar buat bajet dari sekarang..
Supaya akan datang boleh maintain dari segi bajet isi rumah...
Yuran sekolah anak zaman millenium bukan seperti 10 tahun lepas..
Itu belum masuk lagi baju sekolah,buku-buku dan seangkatan dengannya..
Semuanya memerlukan duit..
Jadi haruslah menyimpan dari sekarang..

Untuk Eky aku dah bukakan akaun SSPN..
Bayar melalui potongan gaji..
Senang dan mudah..
Raiqa pula tunggulah bila dia dah setahun nanti..
Duit-duit raya mereka aku masukkan dalam akaun Tabung Haji..

Rasanya semua ibu bapa buat begitukan..
Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa depan..
Tengah sihat waalfiat nilah kena ada simpanan..
Malang tidak berbau..
Dua perkara yang mahal kini adalah pendidikan dan perubatan..
In Sha Allah kalau ada rezeki lebih akan ambil insurans untuk anak-anak..
Aku buat berdasarkan kemampuan diri..

Rasa bertuah juga sebab dah ada rumah..
Walaupun apartmen okielah tue..
Asalkan selesa untuk kami sekeluarga itu dah cukup..

Walaupun nampak macam banyak komitmen..
Aku bersyukur Allah permudahkan hidup kami..
Setakat ni taklah terasa sesak sangat..
Makan minum dan pakaian kami tiada masalah..
Kalau hendak bercuti kami plan-lah awal-awal..
Dapat laki yang tak banyak songeh memang best..

Target aku 10 tahun akan datang mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran..
Paling penting ilmu agama dapat diserapkan dalam jiwa mereka..
Sama-samalah kita doakan yang terbaik ye..

Kita hanya mampu merancang selebihnya kuasa Yang Maha Esa..!!


Tiada ulasan: